Photobucket

Wednesday, January 1, 2014

KETEGUHAN SEBUAH AZAM


He who wills the end, wills the mean

Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.

Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
SELAMAT DATANG TAHUN 2014 M

Alhamdulillah syukur, masih lagi dipanjangkan usia memijak tahun baru masihi. Apa rasanya memijak tahun baru? Rasanya biasa-biasa sahaja. Biasanya ada sambutan ibarat menyambut kedatangan angin baru. Akhir tahun sinonim dengan penilaian atau muhasabah sepanjang tahun apa yang sudah  dicapai dan digapai dalam hidup. Apakah sudah direalisasikan ataupun masih dalam proses merealisasikan sebuah cita-cita. Dan tahun baru pula adalah penerusan kepada suatu azam agar terus memperbaiki kualiti hidup menerusi formula P.I.E.S. (Phisycal, intellect, emotional, spritual). 


SOALNYA: SEBUAH AZAM


Ya, setiap awal tahun, sama ada tahun baru hijrah atau tahun baru masihi, pasti isu yang hangat dibahaskan adalah "azam baru". Azam itu sudah pasti penerusan kepada apa yang sudah dirancang sebelum ini. Pembaharuan kepada sebuah semangat agar tidak lemah dan lesu daripada terus melaksanakan perkara yang baik-baik tersebut.


Ramai yang hanya menyematkan azamnya hanya dalam bentuk memori dalam minda. Tetapi ramai juga yang menterjemahkan dalam bentuk tulisan yang cantik dan menampalnya agar tidak lupa. Walau bagaimanapun bentuk dan cara seseorang melakarkan azamnya ia bergantung kepada kesesuaian setiap individu.


Azam adalah sebuah perancangan yang dirancang menerusi inletektual seseorang, dan emosi merupakan elemen yang membuatkan seseorang berdisiplin untuk mencapai azam yang telah dirancang dalam hidup seseorang individu.Kekuatan fizikal, intelek dan emosi dapat dikukuhkan lagi dengan elemen spritual yang akan menatijahkan hasil yang cemerlang iaitu tuaian sepanjang tahun daripada benih yang disemai di awal tahun. 

No comments:

Post a Comment