Photobucket

Thursday, December 30, 2010

Coretan Muhasabah

Alhamdulillah....hingga saat ini, diri, jiwa dan jasad kita masih diberi peluang oleh Allah Swt berpencak di arena dunia yang nyata ini. Terlalu banyak nikmat yang telah diberikan Allah Swt kepada kita, namun kita jarang-jarang bersyukur terhadap nikmatnya. Bisikan syukur dalam hati, dan ungkapan syukur kita, adakah selari dan dapat kita implementasikan melalui tindakan kita..Adakah kita tergolong daripada hamba yang bersyukur??? Ya Allah ya Tuhan kami, bantulah kami dalam menjadi hamba yang bersyukur kepada-Mu, dalam menginggati-Mu, dalam memperbanyakkan Ibadah kepada-MU....

2010 bakal melabuhkan tirai penutupnya. Sedar tak sedar 2010 bakal meninggalkan kita dan akan diganti lembaran 2011.

Moga apa yang kita rancang akan mampu kita realisasikan. Moga kita menjadi lebih baik dari semalam.

Thursday, December 23, 2010

Impian Seorang Gadis Dusun~....



Tanpa keberanian mimpi tidak tercapai...huhuhu...terinspirasi daripada salah sebuah lakonan Afdlin Shauki...

"Ana suka bermimpi'....Sahabat ana menjawab : "Kenapa perlu bermimpi? kan lebih baik menyemai impian"...

Mimpi dan impian tak sama ka?

Bagi Para Rasul, Awliya dan Sahabat, Allah memberi ilham melalui mimpi...mimpi manusia biasa, seringkali dikaitkan dengan mainan tidur. Mimpi kita???

Bagi ana mimpi dan impian itu lebih kurang sama sahaja. Cumanya, mimpi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mpian dalam keadaan kita sedarkan diri. Tapi impian kita kadangkala menjadi mimpi kita, kerana itulah yang bermain dalam hidup seharian kita. Terdapat juga Ulama' yang menghasilkan karya berkenaan tafsiran mimpi. Tapi ana tidak bermaksud untuk membahaskannya.

Banyak perkara yang kita tidak jangka berlaku dalam diri kita. Kadangkala apa yang berlaku tidak seperti apa yang kita rancang. Tetapi apa yang berlaku merupakan rencana terbaik yang telah diaturkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya..

Ana berpegang pada prinsip, "Tanpa keberanian mimpi tidak tercapai".

Dahulukala, ketika berada di tingkatan Tiga, ana menyemai impian untuk belajar di Mesir. Namun memandangkan ana hanya bersekolah di Sekolah Menengah Harian biasa, iaitu Smk Kundasang Ranau, semaian impian hanya tinggal semaian kerana ana sekolah tersebut tidak menawarkan Pengajian Bahasa Arab sehingga ke Peringkat Menengah Atas..Tapi ana tetap yakin, impian ana tidak akan terkubur begitu sahaja.


Minat yang mendalam, semaian impian, serta mimpi yang selalu bertandang mengenai impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam, ana memberanikan diri untuk mengambil mata pelajaran tambahan Spm iaitu Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah. Alhamdulillah waktu itu, sistem pepeiksaan terbuka sudah diperkenalkan. Mengambil pepriksaan seorang diri, di dalam dewan yang luas suatu pengalaman yang tidak mungkin diri ana lupakan. Berkat bimbingan Murabbi dan murabbiyah ana dunia dan akhirat-Ust Mohd Khairul Bahri Ismail dan Zaujah- Ustzh Wan Nor Asmidar, dan dorongan ibu dan ayah yang amat kusayangi ana dapat menyambung pangajian di peringkat Tingkata 6 Rendah di SMKA Mohammad Ali Ranau (SEMEKAR).


Ana mula menyemai impian untuk memasuki Universiti Malaya, dan Allah Swt permudahkan langkah kaki ini untuk menjejakkan kaki di bumi Malaya dan mengambil Kursus Pengajian Usuluddin. Hati bersyukur, di sini ana mula mengerti segala-galanya. Alangkah indahnya segalanya ya Allah...Subhanallah...Di bumi Tarbiyyah Universiti Malaya ini, Allah izinkan mimpi ana ketika berada di tingkatan Tiga terlaksana setelah terpilih untuk menyertai Daurah Bahasa Arab Di Universiti Kaherah pada tahun 2008..Ana teringat kembali ketika belajar Geografi, ana tandakan dan bulatkan Mesir di dalam peta sebagai destinasi untuk tempat menyambung pengajian.. Diri ini berharap moga Allah Swt permudahkan langkah kaki ini dalam perjuangan menuntut ilmu ke sana lagi...

Amat merindui suasana keilmuan Mesir....Mesir yang penuh debu~begitulah ibaratnya ilmu yang dimiliki oleh para Ulama dan Ilmuan...
Moga kaki ini diberi peluang oleh Allah swt untuk menadah ilmu dan berwacana dengan para Ulama' dan Ilmuan yang tawaduk..




Tuesday, December 21, 2010

Berlapang Dada~

Ukhwah itu manis...
Ukhwah seringkali dikaitkan dengan keindahan...apatah lagi seandainya ukhwah yang terbina atas dasar Iman KepadaNya...untaian ukhwah yang terbina atas dasar perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini bagi mendapatkan RedhaNya..Alhamdulillah...







Persahabatan...
Sesuatu ikatan yang terbina atas dasar ukhwah...
Memilih sahabat ibarat mencari seekor semut hitam, di atas batu hitam, di dalam gua yang gelap gelita di kala malam hari..begitulah lebih kurang. Mencari kawan ketawa memang mudah, tapi hakikatnya mencari sahabat yang boleh menangis bersama sukar sekali..Bersyukur kehadrat ilahi, dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong dan mendokong diri yang lemah ini kala suka dan saat berduka.. Alhamdulillah Ya Rabbii...

 


Namun...
kita sebagai insan biasa seringkali diuji...
Prasangka...seringkali bisa mencalar keindahan sebuah ukhwah...
Sepanjang berukhwah pernah terselit perasaan-perasaan yang menguji keutuhan sebuah ikatan bernama ukhwah persahabatan...
Marah? Benci? Dendam? Tak puas hati? Kecewa?
Perasaan-perasaan ini datang tanpa diduga...yang bisa membebankan kita...
Tapi apa yang paling penting adalah kita mesti sentiasa berlapang dada, sentiasa berprasangka baik dan sentiasa berterus terang seandainya ada kesalah fahaman....dan apa yang palin penting sekali adalah sentiasa maaf memaafi dan menginsafi kelemahan diri...





Thursday, December 16, 2010

Musafir Bumi Anbiya' 1

Sedikit Perkongsian Gambar-Gambar Penulis Di Bumi Mesir semasa mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab di Universiti Kaherah Anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan Kerjasama Darul Ulum Universiti Kaherah 2 Tahun Yang Lepas.

Masih terngiang-ngiang bunyi bingit hon di jalan raya, sejuknya jus mangga di musim panas, damainya bertalaqqi di Masjid Azhar di waktu Asar seusai pengajian di Universiti Kaherah.

Penulis merupakan salah seorang peserta Batch kedua Program ini yang masih berterusan sehingga kini iaitu setiap kali cuti semester iaitu cuti sem pertengahan Tahun (Musim Panas) dan cuti sem hujung tahun (Musim sejuk). Batch yang kelima baru beberapa hari yang lepas bertolak ke negeri-negeri Timur Tengah seperti Mesir, Yaman, Qatar untuk mengikuti kursus yang sama.

Alhamdulillah Penulis menyertai program ini ketika penulis berada di Tahun kedua, sem keempat. Tujuan utama penulis mengikuti program ini adalah untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Arab, mencari rujukan-rujukan untuk penulisan Kertas Projek Penulis dalam bidang Tafsir dan mencari pengalaman bermusafir ke Bumi Anbiya yang menyimpan seribu satu ilmu dan pengalaman yang tidak mungkin penulis lupakan. Penulis berharap diberi peluang lagi olehg Allah SWT Untuk menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya’ yang mendamaikan hati sang Musafir yang berkelana mencari makna sebuah kehidupan dalam menggapai redhaNya..

Sekitar KLIA-Bahrain-Kaherah-Iskandariah-Mansuroh-Dumyat~




 "PARS Internatioanal Hotel" menjadi tempat persinggahan semasa transit 20 jam di Bahrain.



Bergambar bersama satu keluarga Malaysia yang berasal dari Melaka.


Rakan seperjuangan Aqsa @Jqh (Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith)







Sesi Ta'aruf~eh..eh..baru berkenalan ka? moga ukhwah yang disemai akan kekal mewangi hinggalah ke syurga Abadi....


Wednesday, December 8, 2010

Jelajah Sekolah Tarbiyyah Daerah Ranau

Gambar kenangan bersama MARSIS dan Peserta Lawatan sambil belajar Sekolah Tarbiyyah Daerah Ranau Sabah di Balai Ilmu Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Alhamdulillah selama 2 hari bersama-sama sahabat-sahabat MARSIS yang lain menyambut kedatangan rombongan pelajar-pelajar dari Sekolah Tarbiyyah Daerah Ranau seramai 38 orang yang diketuai oleh Ust Mohd Rauf.

Banyak yang dapat di kongsi dengan mereka. Jelas terpancar di segenap wajah peserta untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman di Semenanjung Malaysia.  Meninjau penghayatan Islam di kalangan masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia. Sememangnya keadaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak agak berbeza. Tidak dapat dinafikan Sabah Sarawak agak ketinggalan dari sudut pembangunan material mahupun pembangunan dari sudut pembangunan Insan (kefahaman dan penghayatan Islam).

Peserta yang terlibat terdiri daripada beberapa orang Muallaf, dan kebanyakkan peserta terdiri daripada orang-orang Islam yang sudah lama memeluk Islam, namun baru diberi kesedaran untuk mendalami Islam secara keseluruhannya. Alhamdulillah. Sempat bersembang dengan beberapa orang peserta dari kalangan makcik-makcik. Ternyata jalan yang dilalui untuk mendapt hidayah terlalu bervariasi. Ada yang menempuh jalan yang mudah, dan ada yang menempuh jalan yang penuh ranjau untuk merasai nikmatnya Iman. Nikmat Iman merupakan nikmat yang paling besar dalam kehidupan seorang hamba menuju Reda Ilahi.

 Ana cuba merenungi diri ini..sudah empat tahun menjadi penuntut Ilmu di Universiti Perdana ini. Menghitung-hitung apa yang sudah disumbangkan untuk Islam???..Sekadar belajar??.sedangkan begitu besar tuntutan buat para penuntut ilmu, (belajar,amalkan, dan sampaikan)...oh, orang berilmu mesti berbakti. Juah di sudut hati ini terasa ingin terbang balik ke daerah kelahiranku, berbakti, melebarkan sayap dakwah bagi membantu menyebarkan kefahaman Islam buat menerangi hati insan-insan yang dahagakan cahaya Iman..Namun diri perlu menguatkan langkah kaki ini dengan kekuatan ilmu sebagai bekalan saat berada di medan kelak. Insyallah..

Balik sekali sekala ke kampung halaman semasa cuti semesta, namum keluarga sendiri pun tidak terdaya untuk ku beri sentuhan dakwah yang menjadi kewajipan setiap yang mengaku sebagai pejuang Islam. Hanya sekecil-kecil perkara yang mampu dilakukan oleh hamba yang lemah ini..ana hanya mampu untuk memberikan contoh melalui tauladan dan berdoa ke hadrat Ilahi supaya dibukakan pintu hati agar mengamalkan Islam secara keseluruhannya di dalam segenap kehidupan. Firman Allah Swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.

Terlalu besar sumbangan Para Pendakwah terdahulu yang telah berjaya menyebarkan serta menyemarakkan gelombang dakwah di kaki Gunung Kinabalu sehingga masyarakat Dusun di daerah ini majoritinya memilih Islam sebagai agamanya. Masyarakat Dusun di Daerah Ranau merupakan penganut Agama Islam secara majoritinya, iaitu 65 peratus. Kontribution Para Pendakwah begitu bernilai sehingga Islam mudah diterima dengan mudah di kalangan Masyarakat di Ranau. Antara analisis yang dibuat oleh penulis, Islam mudah diterima di kalangan masyarakat Dusun di Ranau kerana majoriti masyarakat pada waktu itu mempunyai tafaf hidup yang rendah iaitu mendapatkan rezeki melalui kegiatan pertanian sesuai dengan keadaan cuaca yang sejuk dan tanah yang subur. Maka hati-hati ini mudah menerima Islam yang tidak membeza-bezakan darjat manusia, apa yang membezakan hanyalah takwa kepada Allah. Sejarah perjalanan dakwah Rasulullah telah membuktikan sejarah akan bisa berulang kembali. Islam yang ditawarkan oleh Rasulullah lebih mudah diterima oleg golongan muda seperti Saidina Ali Ibn Abi talib dan golongan yang bertaraf hidup rendah seperti Bilal bin Rabbah.

Namun apa yang bermain di benar ana...yang sering mengetuk-ngetuk kotak fikiran ana saban waktu, adalah Islam yang dianuti hanyalah Islam pada nama, tidak dihayati dan diamalkan sepenuhnya di dalam segenap kehidupan. Masyarakat masih terkesan dengan ajaran-ajaran terdahulu, kepercayaa karut marut dan kepercayaan animisme yang membahayakan akidah umat Islam. Perkara ini terjadi demikian kerana kefahaman Islam tidak membumi iaitu ilmu tentang Islam yang sebenar tidak sampai kepada mereka. Terdapat segelintir pihak yang menunding jari kepada pihak tertentu atas alasan tidak menbuat program susulan terhadap program dakwah yang mereka lakukan sehingga perkara ini terjadi. Namum, perkara itu tidak sepatutnya berlaku, kerana tangunggjawab memberikan kefahaman Islam adalah peranan golongan-golongan yang berpeluang untuk mempelajari Islam secara mendalam.

Ini merupakan peranan anak-anak muda dan mahasiswa yang diberi kesempatan dan ruang oleh Allah SWT         untuk menimba Ilmu.  Moga-moga insan-insan yang terpilih untuk mendapat hidayah ini mampu menyampaikan Islam kepada keluarga masing-masing. Ana berdoa ke hadat Ilahi agar diberi peluang dan kesempatan untuk menyuburkan kefahaman Islam di hati-hati yang gersang agar ia subur, bercambah dan mekar kembali~diri ini tetap optimis..dalam diri setiap anak Adam itu, ada potensi untuk dibangunkan. Moga Allah mempertemukan hati-hati ini dengan hati-hati insan yang taat kepada perintah Allah untuk sama-sama memikul beban dakwah ini...


Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..kuatkanlah atas ikatannya....kuatkan hati-hati kami dalam menempuh jalan dakwah yang sememangnya kami maklumi penuh ranjau dan duri..Teguhkanah hati kami untuk thabat dalam perjuangan ini.......

MUMTAZRANAU
VILLA MUJAHIDAH
3.09 a.m (3 Hijrah 1432)




Monday, November 8, 2010

Manisnya untaian Ukhwah





Manisnya untaian ukhwah yang terbina atas dasar iman kepadaNYA.




لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه مايحبه لنفسه

صدقت يارسول الله

Maksudnya: Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.


Pada hadith ini Rasulullah menerangkan hubungan iman seseorang dengan cinta, iaitu cinta kasih sayang terhadap saudaranya sama seperti cintanya kepada dirinya sendiri. Cinta ini dihubungi dan dihubungkan dengan iman, sehingga kurang iman kerana kurangnya cintaNya. Dana apa yang dimaksudkan dengan cinta adalah apa yang didasarkan pada agama, bukan atas dasar perikemanusiaan semata-mata.


Imam Nawawi dalam Syarh Matan al-Arba'in al-Nawawiyyah menjelaskan huraian hadith ini ; Bahawa yang lebih utama pengertian saudara (dalam hadith tersebut) digunakan dengan pengertian yang luas, sehingga meliputi orang Kafir dan yang Islam. Menurut pengertian ini, beliau menambah bahawa wajib bagi seseorang Islam mencintai atau mengasihi saudaranya yang Islam supaya terus kekal dalam agama Islam. Dan kerana ini- menurut katanya- do'a untuk diberi hidayah kepada orang kafir adalah disukai.


Pesoalannya, apakah dasar ukhwah kita terhadap sahabat-sahabat di sekeliling kita adalah atas dasar iman atau sebaliknya. Ataukah sekadar menjadi seperti bayang-bayang yang hanya muncul tika terbitnya sang mentari~hanya datang kepada sahabat kita tika kita memerlukan bantuan mereka.


Ana cuba menghitung-hitung kembali, setelah bergraduasi, setelah lebih kurang empat tahun di Kota Metropolitan, bagaimana untaian ukhwah yang ana hulurkan kepada sahabat-sahabat seakidah, dan sahabat-sahabat yang belum mengucapkan kalimah syahadah..adakah diri ini sudah melaksanakan ithar kepada para sahabat-sahabat ana~sanggup mendahulukan kepentingan sahabat berbanding kepentingan diri sendiri..Ya Allah, layakkah diri ini merasai kemanisan untaian ukhwah yang terbina atas dasar Iman..Ya Allah bantulah aku mengasihi para sahabat-sahabatku dan permudahkan urusan kami dalam melaksanakan kebaikan dalam Menggapai KeredhaanMu, mengecapi nikmat cintaMu yang pastinya Berbuah Syurga..


Banyak hak-hak sahabat yang sering diri ini lalaikan..semoga diberi kesempatan oleh Allah untuk melaksanakan kebaikan kepada sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Apa yang ana impikan adalah persabatan dan untaian ukhwah antara Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq~persahabatan seiring dengan perjuangan...yang semoga persahabatan, untaian ukhwah yang terbina atas dasar iman ini tetap kekal segar mewangi di dunia hingga ke akhirat nanti..




Irna Wati Amusin
Villa Mujahidah, sek 12, PJ
9 November 2010, 2:08 a.m

Saturday, November 6, 2010

CABARAN IMTIHAN





Bila membicarakan soal cabaran ia datang dalam dua bentuk iaitu positif dan negatif. Sebagai contoh dalam sesuah peperangan, dalam menghadapi cabaran yang datang daripada musuh, cabaran positif adalah berusaha bersungguh-sungguh untuk menumpaskan lawan dan cabaran negetifnya adalah yang datang dari dalam diri, iaitu perasaan lemah, kurang semangat perjuangan, ukhwah dan sebagainya.


Cabaran bagi seorang pelajar yang akan bertempur di medan peperiksaan adalah untuk mendapatkan A+, Maka cabaran positif yang datang adalah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, manakala cabaran negatif adalah perasaan malas yang seringkali mendominasi diri.. Ubat paling mujarab bagi penyakit malas adalah rajin..mudah kan...


Sekarang adalah fasa-fasa imtihan (peperiksaan) bagi sesetengah universiti dan bakal menjelangnya peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Masa ini adalah fasa untuk menumpahkan segala yang dihadam sepanjang tempoh proses pembelajaran dan pengajaran~..Ilmu yang diperolehi hanyalah setitik daripada selautan ilmu yang dimilik Allah SWT.


Bagi pelajar yang sudah bersedia sejak awal, maka akan menghadapi fasa-fasa ini dengan penuh ketenangan, kerana hanya perlu mengulang apa yang sudah dipelajari. Bagi sesetengah pelajar yang kurang membuat persediaan sejak awal, keadaan genting dan rungsing akan menguasai. Tapi apa yang perlu diingat dan ditanamkan dalam diri, selagi belum berada di medan, kita perlu terus berjuang..pelbagai perasaan yang datang hanyalah untuk menduga keteguhan hati..maka kepada sang Pencipta lah tempat untuk mengadu segala-galanya. Allah mengajar kita supaya jangan mudah berputus asa..Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.


Doa+Usaha+Istiqamah+Tawwakal= Kejayaan~


Iringi setiap denyutan hela nafas kita denga pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Optimis bahawa Allah akan memberikan kejayaan kepada hambaNya yang berusaha, istiqamah dan bertawwakal kepadaNya. Maka ia akan membuahkan kejayaan yang manis. Menuntut Ilmu Allah dengan penuh keikhlasan dan kerendahan hati, kerana ilmu itu ibarat air, hanya akan bertakung di lembah-lembah..bertitik tolak daripada keikhlasan itu, maka ia akan  membuahkan praktik amal, serta sebar terhadap ilmu yang diperoleh. Moga-moga kita dijauhkan daripada ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat.


Ingatlah bahawa Allah tidak menilai berapa besar kejayaan yang kita capai, tapi Allah menilai apa usaha kita dan bagaimana Tawwakal kita kepada Ketentuan Allah..


Salam Imtihan Buat Semua~Moga kejayaan mengiringi langkah kita menuju Redha Ilahi..











Sunday, October 24, 2010

kembara hati insani~Geruda kehidupan


Entri sebelum ini berbicara mengenai hati..fitrah hati yang suci bersih, apabila dicemari noda-noda dosa dan maksiat akan rasa gundah gulana...kita biasa orang yang membuat dosa dan maksiat nampak bahagia..tetapi hakikatnya hati mereka menderita menanggung kesakitan yang menggunung. Allah telah mengambarkan dalam al-Qur'an dada orang-orang kafir sesak..umpama orang yang naik ke atas angkasa..semakin tinggi dia naik..maka semakin tinggi tekanan yang dirasakan..semakin sesak dan sempit dada..begitulah perumpamaannya.


Massa menyaksikan, pelbagai tragedi yang amat mengerikan jiwa, raga setiap susuk insani yang masih mempunyai jiwa yang hidup...pelbagai tragedi yang berlaku di sekeliling kita berlaku tanpa kita sedari memberikan suatu igauan ngeri yang tidak mampu dijelmakan melalui kata-kata..kejadian bunuh diri, buang bayi, ketagihan alkohol dan dadah, budaya hedonisme, seksual bebas adalah biasan dan tamsilan masyarakat yang semakin parah dan bernanah. Masyarakat yang sudah semakin hilang norma-norma kehidupan fitrah semulajadinya. Perkara yang sudah membarah dan mendarah daging di tengah-tengah arena dan kemelut peradaban manusia masa kini.

Hal ini terjadi lantaran mancari ubat yang tidak sesuai dengan penyakitnya. Cuba mencari penyelesaian cara barat yang bersifat "mee segera"...akhirnya, bukan mendapat penawar, malah mebawa duri racun berbisa yang menusuk ke ulu jantung ummah, penyakit bertambah parah dan pesakit bertambah ramai.

Walau siapapun...sehina mana pun..seorang hamba itu  tetap mengharapkan pertemuan dengan-NYA..

Al-Qur'an dan al-Sunnah telah menggariskan langkah-langkah mencegah lebih baik daripada mengubati, tetapi cuma dipandang enteng bagi sesetengah pihak..malah ada yang menganggap sini. Hati yang duka, ubatnya adalah siraman air mata..betap besarnya nikmat mata, bukan sekadar boleh melihat keindahan ciptaan agungNYA...Malah menjadi penawar kepada hati..ya, hati menangis ubatnya adalah air mata. Tangisan yang utama ialah tangisan seorang hamba yang menyesali berlalu masa tanpa beribadah.

Beruntungnya setiap insan yang dianugerahkan mata..tapi kadangkala nikmat mata sering disalahgunakan. Tangisan bukan hanya milik kaum Hawa. Rasulullah SAW memuji dua mata, yang berjaga untuk mempertahankan agama Allah SWT dan yang menangis kerana takutkan azab Allah. Nabi Muhammad SAW berpesan, "Bacalah al-Qur'an dan menangislah, sekiranya tidak mampu maka berpura-puralah menangis"..









Friday, October 22, 2010

BILA HATI MENANGIS

Menelusuri keindahan fitrah yang diberikan oleh Allah SWT...Saat di alam ruh lagi kita sudah merasai indah dan damainya mendapat firman dari Allah SWT..Kita mengakui keEsaan Allah SWT...

Saat kita berada di alam rahim..berada dalam kandungan ibu..mula berinteraksi dengan ibu melalui saluran darah...berkongsi darah dengan ibu..dan merasai hangatnya kasih sayang ayah..

Setelah lahir ke dunia yang Fana, azan dilaungkan di telinga kanan, dan iqamat dilaungkan di telinga kiri, menandakan tanda singkatnya hidup di perhentian dunia..di sambut dengan penuh kegembiraan dan penuh kesyukuran..indahnya berada dalam pelukan ibu, merasai belaian seorang ayah..hingga saat ini merasai kehidupan ini semuanya indah...

semuanya indah..hati dipenuhi mawaddah, rahmah dan sakinah...subhanallah...

Tapi bila semakin memijak dunia realiti..hati kadangkala dirundung sedih, kecewa, duka dan lara...hati menangis..segala fitrah keindahan dan ketenangan sudah semakin sirna...

Hamba Allah terkedu...fitrah yang telah ditanam di alam ruh sudah semakin jauh kerana sudah mulai lupa dari FirmanNya..semakin dicemari noda-noda, parasit-parasit iman.ia perlu dibajai, digembur semula agar ia subuh kembali...hati yang tenang adalah hati yang banyak ingat Allah...




Thursday, October 14, 2010

MEMBINA GENERASI CEMERLANG 1


Bismillahirahmannirahim.
Aku termenung di hujung katil. "Ummi"…Anak bongsuku memanggil panggilan yang biasa digunakan dalam masyarakat yang berasal dari perkataan bahasa Arab yang popular di kalangan masyarakat Melayu yang bermaksud ibuku. "Ya Mumtaz ",sahutku. "Bila nak bersiap? Abi dah tunggu kat bawah". " Ummi dah siap Mumtaz, tolong Ummi angkat beg telekung dalam almari kain". "Baik Ummi". Aku  bersyukur, berkat tarbiyah yang kami  (saya dan suami) terapkan dalam keluarga mampu mendidik anak-anak kami menjadi insan yang taat kepada setiap arahan  kami seterusnya melaksanakan segala tuntutan dan perintah Allah. Hal ini bertepatan dengan hadith Rasulullah s.a.w :

و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ كَمَا تُنَاتَجُ الْإِبِلُ مِنْ بَهِيمَةٍ جَمْعَاءَ هَلْ تُحِسُّ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ الَّذِي يَمُوتُ وَهُوَ صَغِيرٌ قَالَ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا عَامِلِينَ

Bagiku, anak-anak yang telah dianugerahkan kepadaku dan suamiku adalah amanah yang perlu aku jaga sebagai bekalan apabila menghadap illahi kelak. Bagiku, anak-anak yang telah diamanahkan kepadaku dan suamiku adalah tangunggjawab yang aku perlu jaga sebagai bekalan bila aku berjumpa Allah kelak. Antara amalan yang yang mana pahalanya akan sampai kepada pengamalnya walaupun orang tersebut telah meninggal dunia iaitu doa anak yang soleh, sedekah amal jariah dan ilmu yang dimanfaatkan. Aku berkongsi matlamat dengan suamiku untuk membina generasi ulama yang mampu menjadi generasi pembela agama yang menjadi penerus kepada rantai perjuangan Rasulullah.
Aku masih teringat kata-kata nasihat dan pedoman dari salah seorang pensyarahku di universiti dahulu sewaktu aku mengambil Madah Psikologi Agama, yang menjadi madah pilihan  luar  jabatan  iaitu  salah satu madah yang ditawarkan oleh Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam ketika  aku berada di semester kedua tahun yang kedua pengajianku. "Sekarang antum semua sudah di tahun akhir pengajian. Mesti sudah ada yang merancang untuk berkahwin. Jadi sepatutnya antum semua sudah mendoakan anak-anak antum semua untuk menjadi anak yang soleh, kerana sekarang ini anak-anak antum sudah berada dalam alam roh". Semua siswa-siswi yang berada dalam kelas tersebut tersenyum dan ada seorang dua yang sahabat yang telah berkahwin tersipu malu. Disebabkan hanya ada seorang sahaja siswa yang mangambil madah tersebut menyebabkan keadaan tenang. Biasanya bila dibangkitkan isu sebegini, siswa agak aktif dalam memberi respon, sama ada pandangan ataupun sekadar jawapan untuk mengiyakan.
Sejak pensyarahku menimbulkan isu tersebut, aku selalu memikirkan perkara tersebut. Aku memikirkan bahawa segala tingkahlaku aku kini sudah menjadi intaian anak-anakku. Mereka sudah berada di alam roh dan aku sebagai ibu, hendaklah memenuhi tuntutan agama dari sudut psikologi agamanya iaitu mendoakan mereka supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Antara doa yang aku amalkan adalah doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w  yang dipetik dalam al-Qur'an, surah al-Furqan, ayat yang ke-25.
Aku berazam memperbaiki akhlakku, segala sifat-sifat buruk yang melazimi diriku cuba ku elakkan. Perkara-perkara yang agak remah yang agak dilazimi oleh golongan wanita kadang-kala tanpa sedar, contohnya memperkatakan hal orang lain cuba kuelakkan dengan menginsafi kekurangan yang ada pada diriku. Ya, aku perlu menyibukkan diriku dengan memikirkan kekurangan dan kelemahan yang ada agar ruang-ruang tersebut terisi dengan aku mendapat penyelesaian berkenaan kekuranganku iaitu dengan cara bermuhasabah dan menghitung segala amalanku. Adakah amalanku lebih baik daripada amalan orang yang keperkatakan. Jika melihat orang yang baik, aku perlu menanamkan dalam diriku bahawa orang itu baik, dan dengan kebaikannya itu dia akan masuk syurga. Bila bertemu dengan orang yang melakukan amalan kejahatan, mungkin bila Allah membuka pintu hatinya untuk menerima hidayah maka dia akan menjadi orang yang mungkin lebih baik amalannya dari aku, dan lebih kedudukannya di sisi Allah. Astaghfirullah…
Bila berkongsi rasa dengan sahabat-sahabatku berkenaan matlamat hidup, semua ada impian masing-masing terhadap kerjaya dan rumahtangga yang bakal dibina selepas alam kampus. "Selepas habis belajar ni, aku nak terus sambung belajar dan kahwin bila dah dapat Phd" kata  Asiah yang terkenal ulat buku  dan selalu mendapa pngk 4.0 atau 3.8 setiap semester. Hati ini kadang-kadang cemburu dengan prestasi cemerlang Asiah. Tapi kupujuk hatiku, mungkin itu kelebihannya kerana dia tidak begitu aktif dalam berpersatuan berbanding diriku yang agak aktif berpersatuan sehingga kadangkala tidak dapat mengimbangi antara tuntutan belajar dan berpersatuan. Maka aku perlu mengambil inisiatif yang sebaiknya iaitu menyusun semula jadualku dengan sebaiknya agar sesuai dengan keadaanku. Alhamdulillah pada semester berikutnya aku mampu membuktikan aku boleh mencapai kecemerlangan walaupun sibuk berpersatuan.
"Selepas habis belajar ni aku nak kahwin terus, lagipun usiaku dah agak lewat dan aku ingin membina rumahtangga dulu sebelum aku bina kerjaya. Lagipun bakal suamiku dah bekerja". Kata Hamidah sahabatku yang berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bagi yang dah berkahwin pula lebih menumpukan untuk menjadi suri rumah bagi menjaga keperluan anak-anak dan suami. Setiap sahabatku ada perancangan yang tersendiri terhadap kehidupan selepas tamat pengajian di peringkat degree.
Aku pun mempunyai perancangan tersendiri terhadap kehidupanku selepas tamat pengajian di peringkat degree iaitu perancangan jangka panjang dan perancangan jangka pendek. Tapi aku menginsafi, bagaimana indah perancangan kita sebagai manusia, lagi indah perancangan Allah untuk kita. Kerana hakikatnya kehidupan kita adalah diatur oleh pencipta Yang Maha Agung. Aku merancang untuk menyambung pengajianku sehingga ke peringkat master dan phd, dan ingin berkahwin selepas tamat pengajian di peringkat degree. Ada antara sahabat yang terkejut dengan pendirianku. " Ana ingat orang sibuk macam anti tak ada masa nak fikirkan tentang perkahwinan", ungkap salah seorang sahabat baikku.  Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Aku tidak salahkan dia terhadap apa yang diperkatakannya, kerana bagiku dia ada falsafah tersendiri terhadap apa yang dia perkatakan. Mungkin dia melihat aku terlalu sibuk dengan berpersatuan dalam masa yang sama  perlu mengimbangi pelajaranku, dan tidak ada masa untuk memikirkan hal ini. Dari satu sudut, sahabatku melihat aku belum ada pasangan tapi merancang untuk berkahwin awal. Agak pelik kedengaran, tetapi itulah hakikatnya. Aku bersyukur kerana tidak diuji perasaan untuk berpasangan di alam persekolahanku sekaligus menjaga amanah ibuku sebelum aku melangkah ke alam menara gading. " Ma harap Fatimah dapat mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, menjaga ahlak sesama kawan-kawan dan menjaga hubungan dengan Allah dan tidak menjalinkan hubungan dengan lelaki kerana itu semua akan melalaikan." Tapi ibuku meletakkan syarat, selepas tamat pengajian degree aku mesti berkahwin. Aku berpegang dengan amanat keramat dari ibuku, walaupun kadangkala hati ini agak tergoda dengan godaan-godaan syaitan untuk meminati lawan jantinaku. Situasi aku aktif dalam persatuan menyebabkan aku banyak bergaul dengan siswi mahupun siswa. Kadang-kala agak terpikat dengan kesolehan, kebaikan, dan kewibawaan beberapa siswa yang pernah berurusan denganku. Tetapi dalam masa yang sama ada sahabat yang menginggatku, sehingga aku tersentak dari kembali berdiri teguh di atas pendirianku.
Aku bersyukur dikurniakan sahabat yang mampu menegurku dengan cara yang paling berhikmah tanpa menyakitkan hatiku. Itu sebenarnya yang aku perlukan dari sahabat, iaitu nasihat yang membina dan mendorong apabila aku menghadapi situasi sebegini, bukannya cemuhan dan cacian yang boleh menyebabkan hati sahabat terluka tetapi tidak memberikan kesan melainkan menimbulkan perpecahan dan masalah dalam ukhwah.   
Pada suatu petang aku balik dari kuliah. Seusai solat Asar aku membuka laptop peribadiku, iaitu hadiah dari abang sulungku sempena kemasukannku ke Universiti Malaya. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan segala kekurangan, iaitu aku berasal dari keluarga yang susah aku mampu mempunyai laptop di awal pengajianku, berbanding dengan sahabat-sahabat yang lain yang terpaksa meminjam dari kawan dan pergi ke cyber café yang memerlukan kos yang tinggi selain sukar bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan. Aku membuka Mozilla firefox, kerana rumah sewaku ada kemudahan wireless. Aku yakin dengan prinsipku, bila kita bersyukur Allah akan tambah nikmat tersebut. Kutekan gmail lalu kumasukkan email dan password. Ada message baru dalam inbox. Dari Solehah.

CATATAN MINDA "DARI SAHABAT BUAT SAHABAT"
Andai hari ini kita pernah mencintai seseorang kerana apa yang dimilikinya maka kita akan berpotensi untuk kehilangan insan yang kita cintai itu kerana insan itu adalah manusia biasa yang tidak sempurna seperti kita juga.. kecintaan itu akan kekal andai kita bersedia menerima segala kebaikan dan segala keburukan yang dimilikinya. Itu adalah yang terbaik.. kita bersedia untuk menerima kebaikan yang dimilikinya disamping kesediaan kita untuk berhadapan dengan segala kekurangan yang mengisi seluruh dirinya.
Ujian yang Allah kirimkan untuk kita berbeza dan adakalanya kita tidak pernah jangkakan itulah adalah ujian Nya buat kita..kerana kita anggap ia nikmat dan rahmat, tetapi sebenarnya Allah sedang menguji. Andai kita pernah menyintai sesiapa sahaja ingatlah bahawa cinta kita adalah ujian Allah buat kita. Gunakan akal sebaik mungkin untuk berfikir adakah perhubungan itu dapat mematangkan dan mendewasakan kita dari pelbagai sudut kefahaman dan pentafsiran.
Hidup ini akan indah andai hati kita disirami cinta  Ilahi, perindu syurga yang abadi dan pendamba kasih suci… lebih indah jika kecintaan itu mendekatkan lagi hubungan kita dengan Ilahi…
Walau seikhlas mana pun kecintaan itu perlu terpalit rasa bimbang dalam hati kita, sekelumit rasa tidak selesa akan membuatkan kita sentiasa berfikir  disebalik kecintaan kita pada manusia bukan cinta yang kekal untuk selamanya. Hiduplah untuk tidak menyintai sesiapa dan bersedialah dengan ketulusan cinta dan keikhlasan  kerana keikhlasan dan ketulusan itu adalah pengikat ikatan suci cinta manusia yang ingin syahid di jalan Nya.
Sahabatku,
Aku bangga dengan ketulusan cintamu, namun disebalik itu aku bimbang andai langkah mu dalam perjuangan ini adalah kerana insan yang kau cintai itu.. aku bimbang andai insan itu rebah dirimu akan turut sama tersungkur, lalu perjuangan ini akan kehilangan insan hebat seperti dirimu.
Sahabatku, aku jua bangga dengan kecintaanmu pada insan yang kau impi untuk menjadi sayap kiri perjuangannya itu, tetapi hati ku khuatir dirimu akan kecewa setelah harapan yang kau bina dalam diam itu hancur lantaran tidak bersedianya insan itu. Nasihatku yang kau gunakan itu adalah untuk kebaikanmu jua… berhenti dari terus menyintainya…itu adalah yang terbaik.
Catatan minda buat sahabat……..
15 Januari 2009
Akademi Pengajian islam
Universiti Malaya Kuala Lumpur.
AUFA BATRISYIA-MELENGKAPI YANG CERDIK


            Aku terkedu selepas membaca kiriman email dari Solehah. Solehah amat mengerti apa yang terbuku di dalam hatiku. Bingkisan nasihat daripada sahabatku amat terkesan di hatiku. "Ya Allah aku bersyukur terhadap nikmat dan rahmat yang engkau berikan pada hamba-Mu yang hina dan kerdil ini".
            Aku menghitung-hitung diriku. Nasihat Solehah yang dikirim lewat emailnya tadi cuba ku dalami makna yang tersirat disebaliknya.  Mungkin Solehah risau aku terus hanyut dalam perasaanku. Betul kata Solehah, mungkin perasaan cinta ini adalah suatu ujian yang Allah timpakan padaku tanpa aku sedari.   Astaghfirullah….Lantaran kesolehannya, tidak boleh dijadikan alasan untuk aku jatuh hati padanya.
            Kucuba untuk menepis segala persoalan yang berkaitan soal hati dan perasaanku terhadap lelaki soleh tersebut. Jika aku mencintainya sekalipun, belum tentu dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Allah s.w.t untukku. Harapan hanya aku sandarkan kepada Allah s.w.t. Aku berdoa pada Allah s.w.t agar hatiku dijaga daripada menyintai sesiapa yang belum menjadi muhrimku dan mengurniakan aku pasangan hidup yang sekufu, yang sama-sama ingin berjuang untuk mencapai keredhaan-Mu di dunia dan akhirat. Moga-moga Allah mentakdirkan segala yang terbaik untukku walau apa pun keadaan sekalipun.
            Banyak perkara yang perlu difikirkan untuk masa hadapan. Tanggungjawab pada ibu dan ayah belum terbalas. Aku mesti menjadi anak yang solehah, yang bisa mendoakan kesejahteraan ibu dan ayahku. Aku mesti Berjaya dalam pelajaranku untuk membahagiakan hati kedua ibu dan ayahku. Aku mesti mengamalkan segala ilmu yang akau pelajari dan menunaikan amanah untuk menyampaikannya kepada orang lain. Amalan-amalan perlu dipertingkatkan, kerana bekalan untuk hari akhirat itu amat penting kerana kita tidak tahu bilakah Allah akan mengambil nyawa kita.  


Thursday, October 7, 2010

Give thanks to Allah




by Michael Jackson ( 9418 views)
[ print lyric | tell a friend ]
________________________________________


Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir


Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.



Cabaran Abad 21

Dalam mendepani arus globalisasi yang semakin mencabar, timbul beberapa perkara baru yang tidak hanya bermain di sekitar aspek luaran kehidupan manusia dan material bahkan semakin mendominasi aspek akal, pemikiran dan tingkah laku serta dalam tasawur bagi ketuhanan, juga dalam alam semesta mahu pun kehidupan. Hal ini berlaku menerusi dua dimensi iaitu yang bersifat internal dan external. Massa menyaksikan kemunculan pelbagai aliran yang bertopengkan Islam, yang tidak lain hanyalah untuk menghancurkan Islam itu sendiri. Keadaan ini menyebabkan umat Islam telah terpesong daripada landasan yang sebenar dan menjauhkan daripada hubungan yang sebenarnya dengan Allah S.W.T.
Secara realitinya, setiap permasalahan yang timbul kini telah  bertitik tolak dari kelemahan umat Islam sendiri yang sudah tidak meletakkan autoriti al-Qur’an dan al-Hadith sebagai perlembagaan tertinggi yang memandu kehidupan. Al-Quran adalah kalam Allah dan al-Sunnah merupakan sumber yang autoritatif menjadi rujukan utama yang mampu menangani segala masalah yang dihadapi makhluk Allah dalam sebarang kondisi. Sesungguhnya jarak masa yang jauh antara zaman Rasulullah S.A.W dengan kita telah menjadikan manusia semakin jauh dari inti pati al-Qur’an dan al-Hadith Maka menjadi kewajipan utama umat Islam hari ini untuk kembali kepada dua manhaj utama yang harus dipegang umat Islam, iaitu al-Qur’an dan al-Hadith.
Aliran Islam Liberal wujud hampir di mana jua. Nama mereka mungkin berbeza-beza, bahkan mungkin tindak dikenali dengan nama tertentu. Akan tetapi manhaj mereka tetap sama iaitu membuka dan membebaskan tafsiran Islam demi mencapai kejayaan ala kebaratan. Apabila menyebut tentang tokoh-tokoh aliran Islam Liberal, terdapat satu kesamaan di antara mereka semua – iaitu mereka pernah mendapat didikan di negara Barat dan/atau pernah berkhidmat di mana-mana institusi pengajian Barat. Pengalaman ini menyebabkan mereka amat cenderung kepada apa sahaja yang berasal dari Barat tanpa memisahkan antara yang baik dan salah.
Di antara tokoh-tokoh aliran ini yang masyhur di Timur Tengah adalah Rifa‘at Bik al-Thantawi, Thaha Husein, Ali ‘Abd al-Raziq, Mahmud Abu Rayya, Ahmad Amin, Hasan Hanafi, Farag Foudah, Naser Abu Zaid, ‘Athif al-Iraqi, Nawwal al-Sa’dawi dan sebagainya. Pendapat tokoh-tokoh aliran Islam Liberal di atas banyak yang telah dijawab dan ditolak oleh tokoh-tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah di Timur Tengah, bahkan sebahagian daripada mereka telah ditarik balik ijazah kelulusan oleh universiti-universiti tempat asal pengajian mereka. Tokoh-tokoh ini melahirkan banyak anak murid tersendiri yang bergiat aktif menyebarkan dakyah Islam Liberal sehingga hari ini. Tidak kurang juga adalah tokoh-tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang bangun menjawab dan menolak mereka. Antara yang aktif ialah Syaikh Yusuf al-Qaradhawi, semoga Allah memeliharanya, di mana antara lain beliau pernah menulis:
“Di antara masalah paling penting yang sering saya peringatkan dalam beberapa buku yang saya tulis adalah berkenaan usaha musuh-musuh pemikiran Islam yang menciptakan keraguan terhadap ajaran-ajaran agama Islam yang sudah dapat diyakini kebenarannya tanpa ragu (musallamaat), dan berusaha mengubah perkara-perkara yang diyakini (yaqiniat) kebenarannya dan pasti menjadi perkara-perkara yang tidak pasti dan hipotetif (zhanniaat), serta hal-hal yang pasti dan kuat (qath'iat) menjadi tidak pasti dan mengandung pelbagai kemungkinan (muhtamalaat), yang dapat diambil atau ditolak, ditarik atau dilepas, dan dapat mengikuti pendapat kanan-kiri.

Sudah menjadi kejayaan yang amat besar jika mereka mampu menggoncang ajaran-ajaran agama yang tsabit lagi muktamad atau menyerangnya agar dapat dilenyapkan sehingga tidak menjadi sesuatu yang menghalang mereka saat mereka ingin menghancurkan benteng umat Islam atau setidaknya, menerobos pagarnya.

Pada zaman sekarang ini kita dapati ada orang yang meragukan keharaman khamar atau riba, atau tentang bolehnya talak dan berpoligami dengan syarat-syaratnya. Ada yang meragukan keabsahan Sunnah Nabi s.aaw. sebagai sumber hukum.  Bahkan, ada yang mengajak kita untuk membuang seluruh ilmu-ilmu Al-Qur'an (Ulumul-Qur'an) dan seluruh warisan ilmu pengetahuan al-Qur'an kita ke tong sampah, lalu kemudian memulai membaca al-Qur'an dari nol dengan bacaan kontemporer dengan tidak terikat oleh suatu ikatan apa pun, tidak berpegang pada ilmu pengetahuan sebelumnya, juga tidak dengan kaidah dan aturan yang ditetapkan oleh ulama umat Islam semenjak berabad-berabad silam.

Di antara pendapat mereka adalah bahawa kalangan Ahli Kitab: Yahudi dan Nasrani, bukanlah kelompok kafir.  Jika yang mereka maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani bukan kalangan ateis yang mengingkari Tuhan dan wahyu, tentu hal itu benar dan tidak dipertentangkan lagi. Namun jika yang mereka maksudkan itu adalah bahwa mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak kafir terhadap agama Muhammad dan risalahnya serta al-Qur'an dan penyifatan kafir yang disematkan kepada mereka itu adalah dengan pengertian seperti ini, tentu klaim seperti itu adalah salah.

Kekafiran Yahudi dan Nasrani adalah sesuatu yang amat jelas terlihat bagi individu muslim yang memiliki ilmu keislaman, walaupun hanya sebesar atom. Hal ini juga sesuatu yang disepakati oleh seluruh umat Islam dari seluruh mazhab dan aliran pemikiran sepanjang masa, baik kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, Syi‘ah, Mu’tazilah dan Khawarij. Demikian juga dengan seluruh aliran umat Islam yang ada pada saat ini: Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, Zaidiyyah, Ja’fariyyah dan Ibadaniyyah, seluruhnya tidak meragui kekafiran Yahudi dan Nasrani serta orang-orang yang tidak mengimani risalah Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wassalam. Hal ini merupakan sesuatu yang sudah pasti kebenarannya, baik secara teori maupun praktikal.”




[1]             Hammad Hasan Ruqait (), Zulkifli Hj Mohd Yusoff, Amin Maulana Maksum, Isu-isu Semasa dari Perspektif Islam.
[2] [lebih lanjut rujuk buku Pembaruan Islam dan Orientalisme dalam Sorotan oleh Dr. Daud Rasyid (Akbar Media, Jakarta 2002), ms. 20-45]

[3]               [Mauqif al-Islam al-‘Aqdi min Kufr al-Yahud wa al-Nashara, edisi terjemahan Indonesia atas judul Bagaimana Islam Menilai Yahudi dan Nasrani (Gema Insani, Jakarta 2000), ms. 11-13]