Photobucket

Wednesday, January 1, 2014

Menjadi sebaik-baik manusia.



Bingkisan untuk terus menitipkan nasihat buat diri yang sering lupa.


Di pengakhir bulan Disember 2013, fikiran melayang.  Terbang jauh mengimbau kenangan lalu. Sudah lama kembara di bumi milik Ilahi. Sejauh manakah lagi perjalanan meniti kehidupan di dunia yang fana' ini. Malam ini saya termenung panjang. Bermuhasabah dan bermonolong panjang dalam diri. Lafaz Istighfar membasahi tangkai hati. Ngilu menyentuh tangkai hati. Apakah yang akan dipersembahkan di hari pengadilan kelak...

Kenangan sejak kecil silih berganti mengetuk memori ingatan. Kedudukan saya dalam bidang Pengajian islam, kadangkala menerbitkan gusar di hati. Bagaimana akhlak yang saya pamerkan pada ibu ayah, ahli keluarga dan teman-teman. Adakah seiring teori ilmu agama yang dipelajari dan praktikal dalam pergaulan seharian. Hablu Min Allah, Hablu Minnaas..

Saya meminati bidang Pengajian Islam sejak di bangku sekolah rendah. Sekolah tempat saya memulakan pengembaraan menimba ilmu secara formal adalah Sk. Mohimboyon Ranau. Saya meminati subjek Pendidikan Islam dan Allah memudahkan saya memahaminya, walaupun saya agak lemah dalam penguasaan bacaan al-Qur'an pada waktu tersebut. Tetapi, saya kuatkan usaha dan azam saya dengan iltizam semasa mengikuti pelajaran bacaan al-Qur'an semasa kelas Pendidikan Islam dan kelas KAFA di sebelah petangnya. Antara Ustaz dan Ustazah yang telah mengajar saya mengenal huruf Hija'iyyah sehingga saya boleh menuturkan kalimah al-Qur'an adalah Ustaz Hamiri Karin, Ustazah Juhaseh Jinin dan Ustazah Haini Gapi. Tanpa usaha mereka saya mungkin tidak sampai diperingkat ini. Syukur ke hadrat Ilahi, moga Allah melimpahkan  


No comments:

Post a Comment