Photobucket

Sunday, November 3, 2013

Wisata Ilmiah di penghujung Zulhijjah 1434 H

PESAWAT QZ8596 BDO

8.30 MALAM

Penerbangan ditangguh sebanyak 5 kali. Pasti ada hikmahnya. Mentarbiyyah diri  untuk selalu positif itu lebih memberi makna. Yang penting di tanggan ada buku yang menjadi peneman, agar masa yang ada tidak berlalu begitu sahaja tanpa sesuatu perkara yang bermanfaat dan mendatangkan makna dan nilai tambah pada diri.
Alhamdulillah.

CATATAN MUMTAZ HUMAIRA

Hidup ini penuh dengan perkara-perkara yang paling indah. Setiap insan pasti memiliki sudut-sudut terindah dalam hidupnya yang akan sentiasa menyuntik semangat untuk terus menghadapi kehidupan dengan penuh keyakinan. Keyakinan bahawa setiap perkara yang berlaku dalam hidup itu merupakan perkara yang terindah dan teristimewa. Kerana dalam kamus kehidupan insan yang beriman, setiap yang berlaku adalah perancangan terbaik dari sang Pencipta.

Sebahagian entri ini dicoretkan di dalam buku tulis saat pesawat Airasia QZ8596 BDO mendarat di bumi Husen Sastranegara Bandung. Perjalanan selama lebih kurang dua jam dari tanah air, membawa diriku bermusafir ke Negara jiran ini.

Permusafiran kali ini merupakan wisata ilmiah kedua. Wisata pertama pada 12 Jun 2012 – 21 Jun 2012. Cuma sebelum ini penerbangan ke Jakarta, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Seokarno Hatta, ditemani teman sekuliah sejak Sarjana Muda dan Sarjana iaitu Siti Sarah Izham. Permusafiran kali ini bersama rakan penyelidik Centre Of Quranic Reserch iaitu kak Noor Jamaliah Ibrahim yang sedang melanjutkan kuliah Kedoktoran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komputer Sains.

HARAPAN

Kedatangan kali ini untuk mendapatkan beberapa maklumat lagi untuk melengkapkan kajian di peringkat Sarjana mengenai Kaedah al-Jabari: Solusi kepada masalah buta baca dan tulis al-Quran. Semoga kakiku kuat untuk meneruskan perjalanan ini. Moga perjalanan ini bisa memberikan semangatku untuk terus berjuang di medan ilmu Allah yang Maha Luas.

Dari cermin pesawat, aku dapat memerhatikan gemerlapannya cahaya lampu disegenap Kota Bandung menggambarkan geografi kepadatan sebuah Negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia. Moga aku mendapat hikmah di sepanjang perjalananku yang bias menambah nilai diriku menjadi insan yang lebih mempunyai hati dan meninggikan darjatku di SisiNya.

NIAT YANG BERBEZA

Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. Alhamdulillah.

         “Selamat datang ke Bandung Irna. Moga bermanfaat untuk ummah.”

Ketemu tiga insan ini yang pastinya:
1. Pak Yusuf Sodik
2. Ibu Liska
3. Pak Mukhtar Thumin

         Saat keluar dari pesawat, saya ditegur oleh pramugara yang ganteng. Agak-agaknya begini perbualannya:

Pramugara: Datang ke Bandung untuk shopping ya?
Irna : Emangnya kalau ke Bandung itu harus shopping ya?

Pertanyaan dijawab dengan pertanyaan. Saya jelaskan pada diri mengenai tujuanku… Kajian ilmiah..kajian ilmiah.. kajian ilmiah… Kalau ada kesempatan untuk membeli belah, insha’Allah akan berkunjung ke Pasar Baru. Sememangnya Bandung itu adalah pusat membli belah yang terkenal di Nusantara. Tapi saya ke sini berkelana untuk memcari solusi Pengajian al-Quran di Nusantara untuk ummah!!!