Photobucket

Wednesday, October 3, 2012

Sekelumit Rasa

ALHAMDULILLAH

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di alam persinggahan, tempat untuk menambah bekalan buat berkelana ke alam sana. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Rasulullah, para sahabat dan pejuang-pejuang Islam dan juga buat kedua ibu bapa kita, yang menjadi asbab kita lahir ke alam persinggalan ini. 

Tanggan ini sering terpanggil untuk meninta kata dan bicara untuk berkongsi sekelumit rasa di alam maya, sebagai panduan bersama untuk sama-sama memperbaiki diri untuk mempersiapkan diri untuk meneruskan gelendangan sisa-sisa kehidupan. Agar kita dan meneruskannya dalam keadaan paling sempurna dan terbaik di alam sana kelak.

MATLAMAT HIDUP

Saat saya menulis tinta bicara ini, saya sedang bergelar seorang anak, pelajar Sarjana Usuluddin (Master) di Universiti Perdana di tengah kota Metropolitan (Universiti Malaya). Saya juga menjadi beberapa persatuan dan pertubuhan yang aktif dalam menjalankan misi dan visi penubuhannya seperti Akademi Khadeejah, MARSIS dan REAL.

Saya merupakan anak bongsu pasangan suami isteri yang mencari rezeki melalui aktiviti pertanian dan perniagaan. Sejak kecil darah usahawan sudah mengalir di dalam diri saya. Setiap hari meyaksikan kegigihan ibu dan ayah mencari rezeki buat sebuah kehidupan dan membesarkan tiga orang permata hati mebuatkan saya lebih dekat dan memahami realiti kehidupan yang sebenar. Insya'Allah, rezeki Allah itu sangat besar dan luas. Saya sangat bersyukur dan bahagia melalui kehidupan yang telah Allah rancangkan. Begitu besar hikmahnya yang perlu sentiasa disyukuri dalam meniti kehidupan seorang hambaNya yang beriman.

Tarbiyyah Iqtisodiah yang ditanamkan sejak kecil, kata-kata ayah dan ibu yang sering menjadi motivasi untuk berjaya, sudah rencam dan sebati dengan diri...
"Yang penting kita rajin berusaha, jangan malas, insya'Allah rezeki Allah tetap akan datang kepada kita"...
"Belajar rajin-rajin, dapat masuk Universiti, dapat kerja yang bagus, Insya'Allah cerah masa hadapan"...
"Bila Ina dah habis master, boleh cari kerja, jadi pensyarah di UMS Kota Kinabalu. Boleh beli kereta dan rumah. Mak nak duduk dengan Ina."...

Harapan ibu dan ayah mengunung tinggi buat anaknya. Pasti harapan itu suatu doa yang mahukan anak-anak mereka berjaya mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, bersyukur Allah lorongkan pada jalan juang jihad Iqtisodiah ini. Pasti akan ditunaikan harapan ibu dan ayah secepat mungkin. Ya Allah, bantulah aku untuk berbakti kepada ibu dan ayah.. Kewajipan lebih banyak, berbanding masa  yang ada.











 
















































Kaedah al-Jabari

Alhamdulillah, penulis sedang menyiapkan penulisan disertasi yang bertajuk  Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Qur'an: Kajian terhadap Kaedah al-Jabari. Penyelidikan ini merupakan suatu usaha dalam mendaulatkan al-Qur'an di negara kita yang tercinta, Malaysia khususnya dan di seluruh pelusuk dunia amnya. Kajian ini membincangkan dan mengupas secara terperinci mengenai perihal proses pengajaran dan pembelajaran al-Qur'an menggunakan sistem dalam Kaedah al-Jabari.  

Kajian ini merupakan usaha dalam proses mengkaji, iaitu kajian mengenai keunggulan dan perlaksanaan Kaedah al-Jabari sebagai suatu kaedah terbaru yang akan diketengahkan kepada masyarakat sebagai penyelesaian kepada polemik yang membelenggu ummat Islam dan menjadikan Ummat Islam uumat yang terbaik.

Ingatlah wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang menjadikan al-Qur'an sebagai panduan hidup, al-Qur'an akan membawanya ke syurga, dan barangsiapa yang meninggalkan al-Qur'an dan mengabaikannya, al-Qur'an itu akan menghalaunya ke neraka.

Pengetahuan tentang tilawah al-Qur'an merupakan pengetahuan awal dan asas dari ilmu al-Qur'an yang beraneka ragam. Kaedah ini dianggap lebih praktikal dan mudah difahami oleh para penuntut serta sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Dengan kehadiran kaedah yang ini, lebih ramai ummat Islam yang menguasai al-Qur'an sama ada dari aspek bacaan mahupun tulisan.