Photobucket

Thursday, December 30, 2010

Coretan Muhasabah

Alhamdulillah....hingga saat ini, diri, jiwa dan jasad kita masih diberi peluang oleh Allah Swt berpencak di arena dunia yang nyata ini. Terlalu banyak nikmat yang telah diberikan Allah Swt kepada kita, namun kita jarang-jarang bersyukur terhadap nikmatnya. Bisikan syukur dalam hati, dan ungkapan syukur kita, adakah selari dan dapat kita implementasikan melalui tindakan kita..Adakah kita tergolong daripada hamba yang bersyukur??? Ya Allah ya Tuhan kami, bantulah kami dalam menjadi hamba yang bersyukur kepada-Mu, dalam menginggati-Mu, dalam memperbanyakkan Ibadah kepada-MU....

2010 bakal melabuhkan tirai penutupnya. Sedar tak sedar 2010 bakal meninggalkan kita dan akan diganti lembaran 2011.

Moga apa yang kita rancang akan mampu kita realisasikan. Moga kita menjadi lebih baik dari semalam.

Thursday, December 23, 2010

Impian Seorang Gadis Dusun~....



Tanpa keberanian mimpi tidak tercapai...huhuhu...terinspirasi daripada salah sebuah lakonan Afdlin Shauki...

"Ana suka bermimpi'....Sahabat ana menjawab : "Kenapa perlu bermimpi? kan lebih baik menyemai impian"...

Mimpi dan impian tak sama ka?

Bagi Para Rasul, Awliya dan Sahabat, Allah memberi ilham melalui mimpi...mimpi manusia biasa, seringkali dikaitkan dengan mainan tidur. Mimpi kita???

Bagi ana mimpi dan impian itu lebih kurang sama sahaja. Cumanya, mimpi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mpian dalam keadaan kita sedarkan diri. Tapi impian kita kadangkala menjadi mimpi kita, kerana itulah yang bermain dalam hidup seharian kita. Terdapat juga Ulama' yang menghasilkan karya berkenaan tafsiran mimpi. Tapi ana tidak bermaksud untuk membahaskannya.

Banyak perkara yang kita tidak jangka berlaku dalam diri kita. Kadangkala apa yang berlaku tidak seperti apa yang kita rancang. Tetapi apa yang berlaku merupakan rencana terbaik yang telah diaturkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya..

Ana berpegang pada prinsip, "Tanpa keberanian mimpi tidak tercapai".

Dahulukala, ketika berada di tingkatan Tiga, ana menyemai impian untuk belajar di Mesir. Namun memandangkan ana hanya bersekolah di Sekolah Menengah Harian biasa, iaitu Smk Kundasang Ranau, semaian impian hanya tinggal semaian kerana ana sekolah tersebut tidak menawarkan Pengajian Bahasa Arab sehingga ke Peringkat Menengah Atas..Tapi ana tetap yakin, impian ana tidak akan terkubur begitu sahaja.


Minat yang mendalam, semaian impian, serta mimpi yang selalu bertandang mengenai impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam, ana memberanikan diri untuk mengambil mata pelajaran tambahan Spm iaitu Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah. Alhamdulillah waktu itu, sistem pepeiksaan terbuka sudah diperkenalkan. Mengambil pepriksaan seorang diri, di dalam dewan yang luas suatu pengalaman yang tidak mungkin diri ana lupakan. Berkat bimbingan Murabbi dan murabbiyah ana dunia dan akhirat-Ust Mohd Khairul Bahri Ismail dan Zaujah- Ustzh Wan Nor Asmidar, dan dorongan ibu dan ayah yang amat kusayangi ana dapat menyambung pangajian di peringkat Tingkata 6 Rendah di SMKA Mohammad Ali Ranau (SEMEKAR).


Ana mula menyemai impian untuk memasuki Universiti Malaya, dan Allah Swt permudahkan langkah kaki ini untuk menjejakkan kaki di bumi Malaya dan mengambil Kursus Pengajian Usuluddin. Hati bersyukur, di sini ana mula mengerti segala-galanya. Alangkah indahnya segalanya ya Allah...Subhanallah...Di bumi Tarbiyyah Universiti Malaya ini, Allah izinkan mimpi ana ketika berada di tingkatan Tiga terlaksana setelah terpilih untuk menyertai Daurah Bahasa Arab Di Universiti Kaherah pada tahun 2008..Ana teringat kembali ketika belajar Geografi, ana tandakan dan bulatkan Mesir di dalam peta sebagai destinasi untuk tempat menyambung pengajian.. Diri ini berharap moga Allah Swt permudahkan langkah kaki ini dalam perjuangan menuntut ilmu ke sana lagi...

Amat merindui suasana keilmuan Mesir....Mesir yang penuh debu~begitulah ibaratnya ilmu yang dimiliki oleh para Ulama dan Ilmuan...
Moga kaki ini diberi peluang oleh Allah swt untuk menadah ilmu dan berwacana dengan para Ulama' dan Ilmuan yang tawaduk..




Tuesday, December 21, 2010

Berlapang Dada~

Ukhwah itu manis...
Ukhwah seringkali dikaitkan dengan keindahan...apatah lagi seandainya ukhwah yang terbina atas dasar Iman KepadaNya...untaian ukhwah yang terbina atas dasar perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini bagi mendapatkan RedhaNya..Alhamdulillah...







Persahabatan...
Sesuatu ikatan yang terbina atas dasar ukhwah...
Memilih sahabat ibarat mencari seekor semut hitam, di atas batu hitam, di dalam gua yang gelap gelita di kala malam hari..begitulah lebih kurang. Mencari kawan ketawa memang mudah, tapi hakikatnya mencari sahabat yang boleh menangis bersama sukar sekali..Bersyukur kehadrat ilahi, dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong dan mendokong diri yang lemah ini kala suka dan saat berduka.. Alhamdulillah Ya Rabbii...

 


Namun...
kita sebagai insan biasa seringkali diuji...
Prasangka...seringkali bisa mencalar keindahan sebuah ukhwah...
Sepanjang berukhwah pernah terselit perasaan-perasaan yang menguji keutuhan sebuah ikatan bernama ukhwah persahabatan...
Marah? Benci? Dendam? Tak puas hati? Kecewa?
Perasaan-perasaan ini datang tanpa diduga...yang bisa membebankan kita...
Tapi apa yang paling penting adalah kita mesti sentiasa berlapang dada, sentiasa berprasangka baik dan sentiasa berterus terang seandainya ada kesalah fahaman....dan apa yang palin penting sekali adalah sentiasa maaf memaafi dan menginsafi kelemahan diri...





Thursday, December 16, 2010

Musafir Bumi Anbiya' 1

Sedikit Perkongsian Gambar-Gambar Penulis Di Bumi Mesir semasa mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab di Universiti Kaherah Anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan Kerjasama Darul Ulum Universiti Kaherah 2 Tahun Yang Lepas.

Masih terngiang-ngiang bunyi bingit hon di jalan raya, sejuknya jus mangga di musim panas, damainya bertalaqqi di Masjid Azhar di waktu Asar seusai pengajian di Universiti Kaherah.

Penulis merupakan salah seorang peserta Batch kedua Program ini yang masih berterusan sehingga kini iaitu setiap kali cuti semester iaitu cuti sem pertengahan Tahun (Musim Panas) dan cuti sem hujung tahun (Musim sejuk). Batch yang kelima baru beberapa hari yang lepas bertolak ke negeri-negeri Timur Tengah seperti Mesir, Yaman, Qatar untuk mengikuti kursus yang sama.

Alhamdulillah Penulis menyertai program ini ketika penulis berada di Tahun kedua, sem keempat. Tujuan utama penulis mengikuti program ini adalah untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Arab, mencari rujukan-rujukan untuk penulisan Kertas Projek Penulis dalam bidang Tafsir dan mencari pengalaman bermusafir ke Bumi Anbiya yang menyimpan seribu satu ilmu dan pengalaman yang tidak mungkin penulis lupakan. Penulis berharap diberi peluang lagi olehg Allah SWT Untuk menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya’ yang mendamaikan hati sang Musafir yang berkelana mencari makna sebuah kehidupan dalam menggapai redhaNya..

Sekitar KLIA-Bahrain-Kaherah-Iskandariah-Mansuroh-Dumyat~




 "PARS Internatioanal Hotel" menjadi tempat persinggahan semasa transit 20 jam di Bahrain.



Bergambar bersama satu keluarga Malaysia yang berasal dari Melaka.


Rakan seperjuangan Aqsa @Jqh (Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith)







Sesi Ta'aruf~eh..eh..baru berkenalan ka? moga ukhwah yang disemai akan kekal mewangi hinggalah ke syurga Abadi....


Wednesday, December 8, 2010

Jelajah Sekolah Tarbiyyah Daerah Ranau

Gambar kenangan bersama MARSIS dan Peserta Lawatan sambil belajar Sekolah Tarbiyyah Daerah Ranau Sabah di Balai Ilmu Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Alhamdulillah selama 2 hari bersama-sama sahabat-sahabat MARSIS yang lain menyambut kedatangan rombongan pelajar-pelajar dari Sekolah Tarbiyyah Daerah Ranau seramai 38 orang yang diketuai oleh Ust Mohd Rauf.

Banyak yang dapat di kongsi dengan mereka. Jelas terpancar di segenap wajah peserta untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman di Semenanjung Malaysia.  Meninjau penghayatan Islam di kalangan masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia. Sememangnya keadaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak agak berbeza. Tidak dapat dinafikan Sabah Sarawak agak ketinggalan dari sudut pembangunan material mahupun pembangunan dari sudut pembangunan Insan (kefahaman dan penghayatan Islam).

Peserta yang terlibat terdiri daripada beberapa orang Muallaf, dan kebanyakkan peserta terdiri daripada orang-orang Islam yang sudah lama memeluk Islam, namun baru diberi kesedaran untuk mendalami Islam secara keseluruhannya. Alhamdulillah. Sempat bersembang dengan beberapa orang peserta dari kalangan makcik-makcik. Ternyata jalan yang dilalui untuk mendapt hidayah terlalu bervariasi. Ada yang menempuh jalan yang mudah, dan ada yang menempuh jalan yang penuh ranjau untuk merasai nikmatnya Iman. Nikmat Iman merupakan nikmat yang paling besar dalam kehidupan seorang hamba menuju Reda Ilahi.

 Ana cuba merenungi diri ini..sudah empat tahun menjadi penuntut Ilmu di Universiti Perdana ini. Menghitung-hitung apa yang sudah disumbangkan untuk Islam???..Sekadar belajar??.sedangkan begitu besar tuntutan buat para penuntut ilmu, (belajar,amalkan, dan sampaikan)...oh, orang berilmu mesti berbakti. Juah di sudut hati ini terasa ingin terbang balik ke daerah kelahiranku, berbakti, melebarkan sayap dakwah bagi membantu menyebarkan kefahaman Islam buat menerangi hati insan-insan yang dahagakan cahaya Iman..Namun diri perlu menguatkan langkah kaki ini dengan kekuatan ilmu sebagai bekalan saat berada di medan kelak. Insyallah..

Balik sekali sekala ke kampung halaman semasa cuti semesta, namum keluarga sendiri pun tidak terdaya untuk ku beri sentuhan dakwah yang menjadi kewajipan setiap yang mengaku sebagai pejuang Islam. Hanya sekecil-kecil perkara yang mampu dilakukan oleh hamba yang lemah ini..ana hanya mampu untuk memberikan contoh melalui tauladan dan berdoa ke hadrat Ilahi supaya dibukakan pintu hati agar mengamalkan Islam secara keseluruhannya di dalam segenap kehidupan. Firman Allah Swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.

Terlalu besar sumbangan Para Pendakwah terdahulu yang telah berjaya menyebarkan serta menyemarakkan gelombang dakwah di kaki Gunung Kinabalu sehingga masyarakat Dusun di daerah ini majoritinya memilih Islam sebagai agamanya. Masyarakat Dusun di Daerah Ranau merupakan penganut Agama Islam secara majoritinya, iaitu 65 peratus. Kontribution Para Pendakwah begitu bernilai sehingga Islam mudah diterima dengan mudah di kalangan Masyarakat di Ranau. Antara analisis yang dibuat oleh penulis, Islam mudah diterima di kalangan masyarakat Dusun di Ranau kerana majoriti masyarakat pada waktu itu mempunyai tafaf hidup yang rendah iaitu mendapatkan rezeki melalui kegiatan pertanian sesuai dengan keadaan cuaca yang sejuk dan tanah yang subur. Maka hati-hati ini mudah menerima Islam yang tidak membeza-bezakan darjat manusia, apa yang membezakan hanyalah takwa kepada Allah. Sejarah perjalanan dakwah Rasulullah telah membuktikan sejarah akan bisa berulang kembali. Islam yang ditawarkan oleh Rasulullah lebih mudah diterima oleg golongan muda seperti Saidina Ali Ibn Abi talib dan golongan yang bertaraf hidup rendah seperti Bilal bin Rabbah.

Namun apa yang bermain di benar ana...yang sering mengetuk-ngetuk kotak fikiran ana saban waktu, adalah Islam yang dianuti hanyalah Islam pada nama, tidak dihayati dan diamalkan sepenuhnya di dalam segenap kehidupan. Masyarakat masih terkesan dengan ajaran-ajaran terdahulu, kepercayaa karut marut dan kepercayaan animisme yang membahayakan akidah umat Islam. Perkara ini terjadi demikian kerana kefahaman Islam tidak membumi iaitu ilmu tentang Islam yang sebenar tidak sampai kepada mereka. Terdapat segelintir pihak yang menunding jari kepada pihak tertentu atas alasan tidak menbuat program susulan terhadap program dakwah yang mereka lakukan sehingga perkara ini terjadi. Namum, perkara itu tidak sepatutnya berlaku, kerana tangunggjawab memberikan kefahaman Islam adalah peranan golongan-golongan yang berpeluang untuk mempelajari Islam secara mendalam.

Ini merupakan peranan anak-anak muda dan mahasiswa yang diberi kesempatan dan ruang oleh Allah SWT         untuk menimba Ilmu.  Moga-moga insan-insan yang terpilih untuk mendapat hidayah ini mampu menyampaikan Islam kepada keluarga masing-masing. Ana berdoa ke hadat Ilahi agar diberi peluang dan kesempatan untuk menyuburkan kefahaman Islam di hati-hati yang gersang agar ia subur, bercambah dan mekar kembali~diri ini tetap optimis..dalam diri setiap anak Adam itu, ada potensi untuk dibangunkan. Moga Allah mempertemukan hati-hati ini dengan hati-hati insan yang taat kepada perintah Allah untuk sama-sama memikul beban dakwah ini...


Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..kuatkanlah atas ikatannya....kuatkan hati-hati kami dalam menempuh jalan dakwah yang sememangnya kami maklumi penuh ranjau dan duri..Teguhkanah hati kami untuk thabat dalam perjuangan ini.......

MUMTAZRANAU
VILLA MUJAHIDAH
3.09 a.m (3 Hijrah 1432)