Photobucket

Tuesday, January 21, 2014

Menajamkan pena dakwah....

Tajuk entri saya pada kali ini adalah " Menajamkan pena dakwah untuk memandaikan ummah, mengajak kembali kepadaNya". 

Menulis sesuatu yang bermanfaat dan mengandungi ilmu dan hikmah merupakan suatu perkara yang bukan mudah. Itulah impian saya, agar penulisan yang saya hasilkan tidak tersasar daripada niat asal untuk membawa pembaca termasuk diri sendiri kembali kepada Sang Pencipta.

Hujung minggu ini saya akan menghadiri Klinik Penulisan CASIC. Bersedia untuk dirawat, dibedah dan diubat setelah berada dalam Klinik Bina Modul minggu lepas. Moga selepas ini akan lahir ubat yang akan menjadi santapan rohani buat remaja-remaja yang menanti karya ini di luar sana. 

"Gadis... inginku luahkan padamu... sungguh, besar potensi dalam dirimu untuk membanggun Ummah... Jika redha Ilahi menjadi pilihanMu". 

Insha'Allah topik "Tips menjadi Remaja Anngun" menjadi topik pilihan saya untuk dikupas dan digubah menjadi kuntuman yang mekar... hadiah buat gadis...remaja... suatu zaman yang pernah menjadi kenangan masa lalu.... yang merupakan masa depan generasi yang bakal dilahirkan.

Terinspirasi dengan kata-kata Ukhti Asma Nadia. Sungguh beralun untaian kata yang seolah-olah menasihati dan memberi semangat kepada saya untuk terus menarikan mata pena agar sentiasa tajam yang ingin saya kongsikan di sini yang saya petik melalui FB Ukhti Asma Nadia.

Bagaimana semangat menulis rekan saat sini? 

Ayo semangat! 

Menulis itu nggak ada bosnya. 

Nggak ada yang ngatur atau maksa-maksa kita menyelesaikan tulisan. 

Kompornya harus dibangun dari diri sendiri. Insya Allah begitu menemukan alasan yang tepat untuk menulis, tidak akan yang bisa menghentikan semangat itu.

Sebab dengan menulis kita berbagi.

Dengan menulis terlepas diterbitkan atau tidak, kita melepaskan catatan hati yang kadang begitu memberati.

Dengan menulis pula maka semua pengalaman, yang ingin kita wariskan ke anak dan cucu:) insya allah abadi.

Satu halaman perhari, 365 halaman pertahun.

Banyak membaca, jika rekan tidak ada waktu, pilih bacaan yang sesuai dengan jenis tulisan yang ingin rekan-rekan buat, sehingga pengalaman membaca sekaligus mengasah kemampuan menulis nanti dan memberikan wawasan yang diperlukan.



Ya, saya punya alasan yang tepat untuk menulis. Erti hidup pada memberi. Gadis.. tunggu catatan, untaian nasihat buat panduan kita bersama. 

Wednesday, January 1, 2014

KETEGUHAN SEBUAH AZAM


He who wills the end, wills the mean

Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.

Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
SELAMAT DATANG TAHUN 2014 M

Alhamdulillah syukur, masih lagi dipanjangkan usia memijak tahun baru masihi. Apa rasanya memijak tahun baru? Rasanya biasa-biasa sahaja. Biasanya ada sambutan ibarat menyambut kedatangan angin baru. Akhir tahun sinonim dengan penilaian atau muhasabah sepanjang tahun apa yang sudah  dicapai dan digapai dalam hidup. Apakah sudah direalisasikan ataupun masih dalam proses merealisasikan sebuah cita-cita. Dan tahun baru pula adalah penerusan kepada suatu azam agar terus memperbaiki kualiti hidup menerusi formula P.I.E.S. (Phisycal, intellect, emotional, spritual). 


SOALNYA: SEBUAH AZAM


Ya, setiap awal tahun, sama ada tahun baru hijrah atau tahun baru masihi, pasti isu yang hangat dibahaskan adalah "azam baru". Azam itu sudah pasti penerusan kepada apa yang sudah dirancang sebelum ini. Pembaharuan kepada sebuah semangat agar tidak lemah dan lesu daripada terus melaksanakan perkara yang baik-baik tersebut.


Ramai yang hanya menyematkan azamnya hanya dalam bentuk memori dalam minda. Tetapi ramai juga yang menterjemahkan dalam bentuk tulisan yang cantik dan menampalnya agar tidak lupa. Walau bagaimanapun bentuk dan cara seseorang melakarkan azamnya ia bergantung kepada kesesuaian setiap individu.


Azam adalah sebuah perancangan yang dirancang menerusi inletektual seseorang, dan emosi merupakan elemen yang membuatkan seseorang berdisiplin untuk mencapai azam yang telah dirancang dalam hidup seseorang individu.Kekuatan fizikal, intelek dan emosi dapat dikukuhkan lagi dengan elemen spritual yang akan menatijahkan hasil yang cemerlang iaitu tuaian sepanjang tahun daripada benih yang disemai di awal tahun. 

Menjadi sebaik-baik manusia.



Bingkisan untuk terus menitipkan nasihat buat diri yang sering lupa.


Di pengakhir bulan Disember 2013, fikiran melayang.  Terbang jauh mengimbau kenangan lalu. Sudah lama kembara di bumi milik Ilahi. Sejauh manakah lagi perjalanan meniti kehidupan di dunia yang fana' ini. Malam ini saya termenung panjang. Bermuhasabah dan bermonolong panjang dalam diri. Lafaz Istighfar membasahi tangkai hati. Ngilu menyentuh tangkai hati. Apakah yang akan dipersembahkan di hari pengadilan kelak...

Kenangan sejak kecil silih berganti mengetuk memori ingatan. Kedudukan saya dalam bidang Pengajian islam, kadangkala menerbitkan gusar di hati. Bagaimana akhlak yang saya pamerkan pada ibu ayah, ahli keluarga dan teman-teman. Adakah seiring teori ilmu agama yang dipelajari dan praktikal dalam pergaulan seharian. Hablu Min Allah, Hablu Minnaas..

Saya meminati bidang Pengajian Islam sejak di bangku sekolah rendah. Sekolah tempat saya memulakan pengembaraan menimba ilmu secara formal adalah Sk. Mohimboyon Ranau. Saya meminati subjek Pendidikan Islam dan Allah memudahkan saya memahaminya, walaupun saya agak lemah dalam penguasaan bacaan al-Qur'an pada waktu tersebut. Tetapi, saya kuatkan usaha dan azam saya dengan iltizam semasa mengikuti pelajaran bacaan al-Qur'an semasa kelas Pendidikan Islam dan kelas KAFA di sebelah petangnya. Antara Ustaz dan Ustazah yang telah mengajar saya mengenal huruf Hija'iyyah sehingga saya boleh menuturkan kalimah al-Qur'an adalah Ustaz Hamiri Karin, Ustazah Juhaseh Jinin dan Ustazah Haini Gapi. Tanpa usaha mereka saya mungkin tidak sampai diperingkat ini. Syukur ke hadrat Ilahi, moga Allah melimpahkan  


Liga Ilmu

Bacalah Untaian kalimah dalam blog ini dengan membaca Bismillah. Kemudian berselawatlah kepada Rasulullah dan berdoa kepada ibu bapa, guru, kaum keluarga, Muslimin dan Muslimat. Semoga kita mendapat redhaNya.


Insha'Allah saya mahu membeli dan membaca buku ini. Saya kongsikan untaian kata-kata mengenai buku ini yang saya petik dari 
FB: 

Buku apakah ini yang telah menggetarkan hati hati yang membacanya, inspirasi bagaimana seorang ibu ayah yang supersibuk di Indonesia, yang 10 orang anaknya menghafal Al-Quran. 

Mereka bukan sahaja hebat dalam menguasai Al-Quran , tetapi mereka sering berprestasi dalam pendidikan.

Jom kita kenal dengan ibu yang mendidik 10 anak yang semuanya menghafal Al-Quran! Sudah pasti ibu ini mempunyai strategi hebatkan?

Inilah sebuah kisah inspiratif dan luar biasa tentang sebuah keluarga supersibuk yang kesepuluh anaknya menjadi bintang Al-Quran.

Buku ini tentu mengajarkan keteladanan bahwa menghafal Quran itu bisa dilakukan oleh siapa pun, termasuk oleh keluarga yang supersibuk sekalipun. Faktanya sudah sedemikian nyata. Oleh karena itu, sejatinya seluruh keluarga Muslim sudah dapat mulai membiasakan menghafal Alquran sejak sekarang.

Bagaimana cara dan memulainya? Teladani keluarga 10 bersaudara ini melalui buku 10 Bersaudara Bintang Alquran.

:: Berazam untuk menghadami isi buku ini, demi pembentukkan generasi masa hadapan ::