Photobucket

Wednesday, February 23, 2011

Dakwah itu~....amanah dariNya..


"~Kita hidup di atas dunia ini atas kelemahan orang lain: di sinilah kita mengisinya dengan amal soleh menuju keredhaanNya~"



Cuba memahami apakah yang terkandung di sebalik kata-kata ini. Menelusuri maksud yang tersirat di sebalik ungkapan yang dilontarkan.....~Mengisi kehidupan ini dengan sesuatu yang bermanfaat, yang merupakan tuntutan buat mereka yang diberi Nikmat Islam dan Iman. Melakukan Sesuatu yang bermanfaat buat membangunkan Ummat..mengajak manusia supaya mengenal pencipta dan mengenal agama Islam, agama Fitrah. Begitu besar tuntutan dan peranan. Tuntutan untuk melaksanakan DAKWAH.

Dakwah bererti mengajak dan menyeru kepada ajaran Islam supaya selamat di dunia dan akhirat Bahasa Arab دعوة dakwah bermakna secara harfiah "menyeru" atau "mengajak", dijadikan participle aktif suatu verb bermakna secara pelbagai "memanggil, menjemput" (yang terdiri daripada tiga huruf iaitu د ع و). Seorang umat Islam yang mengamalkan dakwah, sama ada seorang pekerja agama atau dalam suatu usaha masyarakat sukarelawan, digelar suatu da'i, jamaknya adalah du'at. Seorang da'i menjemput orang untuk memahami Islam melalui proses dialog supaya manusia mengabdikan diri kepada Allah Swt. 


BICARA TERBAIK
Bila menyebut soal peranan dan tangunggjawab seorang da'i, terasa diri ini sangat kerdil jika dibandingkan dengan perjuangan Rasulullah menyampaikan Islam hingga Islam tersebar di 2/3 dunia hingga kini kita merasai nikmat Islam dan Islam. Perjuangan Rasulullah dan para sahabat yang telah menempuh duri, ranjau perjuangan yang penuh dengan perih dan getir demi meraih cinta Ilahi. Tangunggjawab dan peranan itu sepatutnya dilaksanakan oleh kita yang telah mengenal nikmat Iman dan Islam tersebut.
Bicara terbaik adalah bicara dan kalimah ajakan supaya kembali kepada Allah Swt. Dakwah kepada Allah, supaya menyerahkan diri kepada Allah. Hidup ini adalalah untuk melakukan kebaikan, melakukan amalan soleh. Dakwah bukan sekadar menyampaikan, tapi mestilah memberi kesan yang mendalam di hati Mad'u. Menyampaikan dakwah denga cara berhikmah dangan uslub yang sesuai agar menyentuk dan menyentak hati-hati insan di sekeliling kita untuk kembali kepada Islam....