Photobucket

Wednesday, December 8, 2010

Jelajah Sekolah Tarbiyyah Daerah Ranau

Gambar kenangan bersama MARSIS dan Peserta Lawatan sambil belajar Sekolah Tarbiyyah Daerah Ranau Sabah di Balai Ilmu Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Alhamdulillah selama 2 hari bersama-sama sahabat-sahabat MARSIS yang lain menyambut kedatangan rombongan pelajar-pelajar dari Sekolah Tarbiyyah Daerah Ranau seramai 38 orang yang diketuai oleh Ust Mohd Rauf.

Banyak yang dapat di kongsi dengan mereka. Jelas terpancar di segenap wajah peserta untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman di Semenanjung Malaysia.  Meninjau penghayatan Islam di kalangan masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia. Sememangnya keadaan di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak agak berbeza. Tidak dapat dinafikan Sabah Sarawak agak ketinggalan dari sudut pembangunan material mahupun pembangunan dari sudut pembangunan Insan (kefahaman dan penghayatan Islam).

Peserta yang terlibat terdiri daripada beberapa orang Muallaf, dan kebanyakkan peserta terdiri daripada orang-orang Islam yang sudah lama memeluk Islam, namun baru diberi kesedaran untuk mendalami Islam secara keseluruhannya. Alhamdulillah. Sempat bersembang dengan beberapa orang peserta dari kalangan makcik-makcik. Ternyata jalan yang dilalui untuk mendapt hidayah terlalu bervariasi. Ada yang menempuh jalan yang mudah, dan ada yang menempuh jalan yang penuh ranjau untuk merasai nikmatnya Iman. Nikmat Iman merupakan nikmat yang paling besar dalam kehidupan seorang hamba menuju Reda Ilahi.

 Ana cuba merenungi diri ini..sudah empat tahun menjadi penuntut Ilmu di Universiti Perdana ini. Menghitung-hitung apa yang sudah disumbangkan untuk Islam???..Sekadar belajar??.sedangkan begitu besar tuntutan buat para penuntut ilmu, (belajar,amalkan, dan sampaikan)...oh, orang berilmu mesti berbakti. Juah di sudut hati ini terasa ingin terbang balik ke daerah kelahiranku, berbakti, melebarkan sayap dakwah bagi membantu menyebarkan kefahaman Islam buat menerangi hati insan-insan yang dahagakan cahaya Iman..Namun diri perlu menguatkan langkah kaki ini dengan kekuatan ilmu sebagai bekalan saat berada di medan kelak. Insyallah..

Balik sekali sekala ke kampung halaman semasa cuti semesta, namum keluarga sendiri pun tidak terdaya untuk ku beri sentuhan dakwah yang menjadi kewajipan setiap yang mengaku sebagai pejuang Islam. Hanya sekecil-kecil perkara yang mampu dilakukan oleh hamba yang lemah ini..ana hanya mampu untuk memberikan contoh melalui tauladan dan berdoa ke hadrat Ilahi supaya dibukakan pintu hati agar mengamalkan Islam secara keseluruhannya di dalam segenap kehidupan. Firman Allah Swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.

Terlalu besar sumbangan Para Pendakwah terdahulu yang telah berjaya menyebarkan serta menyemarakkan gelombang dakwah di kaki Gunung Kinabalu sehingga masyarakat Dusun di daerah ini majoritinya memilih Islam sebagai agamanya. Masyarakat Dusun di Daerah Ranau merupakan penganut Agama Islam secara majoritinya, iaitu 65 peratus. Kontribution Para Pendakwah begitu bernilai sehingga Islam mudah diterima dengan mudah di kalangan Masyarakat di Ranau. Antara analisis yang dibuat oleh penulis, Islam mudah diterima di kalangan masyarakat Dusun di Ranau kerana majoriti masyarakat pada waktu itu mempunyai tafaf hidup yang rendah iaitu mendapatkan rezeki melalui kegiatan pertanian sesuai dengan keadaan cuaca yang sejuk dan tanah yang subur. Maka hati-hati ini mudah menerima Islam yang tidak membeza-bezakan darjat manusia, apa yang membezakan hanyalah takwa kepada Allah. Sejarah perjalanan dakwah Rasulullah telah membuktikan sejarah akan bisa berulang kembali. Islam yang ditawarkan oleh Rasulullah lebih mudah diterima oleg golongan muda seperti Saidina Ali Ibn Abi talib dan golongan yang bertaraf hidup rendah seperti Bilal bin Rabbah.

Namun apa yang bermain di benar ana...yang sering mengetuk-ngetuk kotak fikiran ana saban waktu, adalah Islam yang dianuti hanyalah Islam pada nama, tidak dihayati dan diamalkan sepenuhnya di dalam segenap kehidupan. Masyarakat masih terkesan dengan ajaran-ajaran terdahulu, kepercayaa karut marut dan kepercayaan animisme yang membahayakan akidah umat Islam. Perkara ini terjadi demikian kerana kefahaman Islam tidak membumi iaitu ilmu tentang Islam yang sebenar tidak sampai kepada mereka. Terdapat segelintir pihak yang menunding jari kepada pihak tertentu atas alasan tidak menbuat program susulan terhadap program dakwah yang mereka lakukan sehingga perkara ini terjadi. Namum, perkara itu tidak sepatutnya berlaku, kerana tangunggjawab memberikan kefahaman Islam adalah peranan golongan-golongan yang berpeluang untuk mempelajari Islam secara mendalam.

Ini merupakan peranan anak-anak muda dan mahasiswa yang diberi kesempatan dan ruang oleh Allah SWT         untuk menimba Ilmu.  Moga-moga insan-insan yang terpilih untuk mendapat hidayah ini mampu menyampaikan Islam kepada keluarga masing-masing. Ana berdoa ke hadat Ilahi agar diberi peluang dan kesempatan untuk menyuburkan kefahaman Islam di hati-hati yang gersang agar ia subur, bercambah dan mekar kembali~diri ini tetap optimis..dalam diri setiap anak Adam itu, ada potensi untuk dibangunkan. Moga Allah mempertemukan hati-hati ini dengan hati-hati insan yang taat kepada perintah Allah untuk sama-sama memikul beban dakwah ini...


Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..kuatkanlah atas ikatannya....kuatkan hati-hati kami dalam menempuh jalan dakwah yang sememangnya kami maklumi penuh ranjau dan duri..Teguhkanah hati kami untuk thabat dalam perjuangan ini.......

MUMTAZRANAU
VILLA MUJAHIDAH
3.09 a.m (3 Hijrah 1432)




No comments:

Post a Comment