Photobucket

Monday, November 8, 2010

Manisnya untaian Ukhwah





Manisnya untaian ukhwah yang terbina atas dasar iman kepadaNYA.




لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه مايحبه لنفسه

صدقت يارسول الله

Maksudnya: Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.


Pada hadith ini Rasulullah menerangkan hubungan iman seseorang dengan cinta, iaitu cinta kasih sayang terhadap saudaranya sama seperti cintanya kepada dirinya sendiri. Cinta ini dihubungi dan dihubungkan dengan iman, sehingga kurang iman kerana kurangnya cintaNya. Dana apa yang dimaksudkan dengan cinta adalah apa yang didasarkan pada agama, bukan atas dasar perikemanusiaan semata-mata.


Imam Nawawi dalam Syarh Matan al-Arba'in al-Nawawiyyah menjelaskan huraian hadith ini ; Bahawa yang lebih utama pengertian saudara (dalam hadith tersebut) digunakan dengan pengertian yang luas, sehingga meliputi orang Kafir dan yang Islam. Menurut pengertian ini, beliau menambah bahawa wajib bagi seseorang Islam mencintai atau mengasihi saudaranya yang Islam supaya terus kekal dalam agama Islam. Dan kerana ini- menurut katanya- do'a untuk diberi hidayah kepada orang kafir adalah disukai.


Pesoalannya, apakah dasar ukhwah kita terhadap sahabat-sahabat di sekeliling kita adalah atas dasar iman atau sebaliknya. Ataukah sekadar menjadi seperti bayang-bayang yang hanya muncul tika terbitnya sang mentari~hanya datang kepada sahabat kita tika kita memerlukan bantuan mereka.


Ana cuba menghitung-hitung kembali, setelah bergraduasi, setelah lebih kurang empat tahun di Kota Metropolitan, bagaimana untaian ukhwah yang ana hulurkan kepada sahabat-sahabat seakidah, dan sahabat-sahabat yang belum mengucapkan kalimah syahadah..adakah diri ini sudah melaksanakan ithar kepada para sahabat-sahabat ana~sanggup mendahulukan kepentingan sahabat berbanding kepentingan diri sendiri..Ya Allah, layakkah diri ini merasai kemanisan untaian ukhwah yang terbina atas dasar Iman..Ya Allah bantulah aku mengasihi para sahabat-sahabatku dan permudahkan urusan kami dalam melaksanakan kebaikan dalam Menggapai KeredhaanMu, mengecapi nikmat cintaMu yang pastinya Berbuah Syurga..


Banyak hak-hak sahabat yang sering diri ini lalaikan..semoga diberi kesempatan oleh Allah untuk melaksanakan kebaikan kepada sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Apa yang ana impikan adalah persabatan dan untaian ukhwah antara Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq~persahabatan seiring dengan perjuangan...yang semoga persahabatan, untaian ukhwah yang terbina atas dasar iman ini tetap kekal segar mewangi di dunia hingga ke akhirat nanti..




Irna Wati Amusin
Villa Mujahidah, sek 12, PJ
9 November 2010, 2:08 a.m

No comments:

Post a Comment