Photobucket

Thursday, December 23, 2010

Impian Seorang Gadis Dusun~....



Tanpa keberanian mimpi tidak tercapai...huhuhu...terinspirasi daripada salah sebuah lakonan Afdlin Shauki...

"Ana suka bermimpi'....Sahabat ana menjawab : "Kenapa perlu bermimpi? kan lebih baik menyemai impian"...

Mimpi dan impian tak sama ka?

Bagi Para Rasul, Awliya dan Sahabat, Allah memberi ilham melalui mimpi...mimpi manusia biasa, seringkali dikaitkan dengan mainan tidur. Mimpi kita???

Bagi ana mimpi dan impian itu lebih kurang sama sahaja. Cumanya, mimpi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mpian dalam keadaan kita sedarkan diri. Tapi impian kita kadangkala menjadi mimpi kita, kerana itulah yang bermain dalam hidup seharian kita. Terdapat juga Ulama' yang menghasilkan karya berkenaan tafsiran mimpi. Tapi ana tidak bermaksud untuk membahaskannya.

Banyak perkara yang kita tidak jangka berlaku dalam diri kita. Kadangkala apa yang berlaku tidak seperti apa yang kita rancang. Tetapi apa yang berlaku merupakan rencana terbaik yang telah diaturkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya..

Ana berpegang pada prinsip, "Tanpa keberanian mimpi tidak tercapai".

Dahulukala, ketika berada di tingkatan Tiga, ana menyemai impian untuk belajar di Mesir. Namun memandangkan ana hanya bersekolah di Sekolah Menengah Harian biasa, iaitu Smk Kundasang Ranau, semaian impian hanya tinggal semaian kerana ana sekolah tersebut tidak menawarkan Pengajian Bahasa Arab sehingga ke Peringkat Menengah Atas..Tapi ana tetap yakin, impian ana tidak akan terkubur begitu sahaja.


Minat yang mendalam, semaian impian, serta mimpi yang selalu bertandang mengenai impian untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam, ana memberanikan diri untuk mengambil mata pelajaran tambahan Spm iaitu Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah. Alhamdulillah waktu itu, sistem pepeiksaan terbuka sudah diperkenalkan. Mengambil pepriksaan seorang diri, di dalam dewan yang luas suatu pengalaman yang tidak mungkin diri ana lupakan. Berkat bimbingan Murabbi dan murabbiyah ana dunia dan akhirat-Ust Mohd Khairul Bahri Ismail dan Zaujah- Ustzh Wan Nor Asmidar, dan dorongan ibu dan ayah yang amat kusayangi ana dapat menyambung pangajian di peringkat Tingkata 6 Rendah di SMKA Mohammad Ali Ranau (SEMEKAR).


Ana mula menyemai impian untuk memasuki Universiti Malaya, dan Allah Swt permudahkan langkah kaki ini untuk menjejakkan kaki di bumi Malaya dan mengambil Kursus Pengajian Usuluddin. Hati bersyukur, di sini ana mula mengerti segala-galanya. Alangkah indahnya segalanya ya Allah...Subhanallah...Di bumi Tarbiyyah Universiti Malaya ini, Allah izinkan mimpi ana ketika berada di tingkatan Tiga terlaksana setelah terpilih untuk menyertai Daurah Bahasa Arab Di Universiti Kaherah pada tahun 2008..Ana teringat kembali ketika belajar Geografi, ana tandakan dan bulatkan Mesir di dalam peta sebagai destinasi untuk tempat menyambung pengajian.. Diri ini berharap moga Allah Swt permudahkan langkah kaki ini dalam perjuangan menuntut ilmu ke sana lagi...

Amat merindui suasana keilmuan Mesir....Mesir yang penuh debu~begitulah ibaratnya ilmu yang dimiliki oleh para Ulama dan Ilmuan...
Moga kaki ini diberi peluang oleh Allah swt untuk menadah ilmu dan berwacana dengan para Ulama' dan Ilmuan yang tawaduk..




No comments:

Post a Comment