Photobucket

Thursday, October 7, 2010

pucuk-pucuk muda...segarnya hijau itu...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana terpilih utk menjadi salah seorang penggerak kepada kejayaan IBJ10...Mabruk...tahniah kepada semua..

andai ditanya..apa yang kamu sumbang utk Islam...maka, ana malu...kalau boleh mau sorokkan muka ini di dasar laut china selatan...di dalam hutan simpan kinabalu..tidak ada apa2..tapi ana hidup mulia kerana menempel di atas nama Islam...

so, kalau ditanya apa sumbangan utk IBJ...ana rasa selayaknya ana hanya menambah bilangan ahli MARSIS yang datang ke Janda Baik...tapi IBJ beri sesuatu yang luar biasa bagi ana.

Pertama sekali suasana dan keadaan geografi agak sama dengan daerah asal kelahiran ana..


kedua boleh jumpa sahabat2, dan adik2 junior berjiwa segar yang mahu bersama-sama di lapngan dakwah yang jarang2 ditemui, 

ketiga boleh bagi tenaga kepada pejuang-pejuang Agama Allah...

keempat boleh berkenalan dengan prof emmeritus Abdullah dan isterinya puan Ainon..

kelima boleh main dengan kucing2 dan menyelami hati mereka..(sedangkan kucing kalau dibuang ada yang kasi makan dan kasih sayang
, apatah lagi manusia..) keluarga Pn Ainon membela hidup kucing-kucing itu.....

hmm, last sekali.....nak ikut Pn Ainon ke bengkel penulisan PTS di wangsamaju kl...di kata, kalau mau ikut mesti siap jam 8...di ada bagi terjemahan Yaasin dalam bahasa Iban...skg dlm proses terjemah ke dalam bahasa dusun...berbunga hatiku...semua dibuat percuma..atas nama dakwah...alhamdulillah...


Pukul 8 pg: pn Ainon kata, pagi2 keluar berjuang....ana pun menjawab: ana pun mau ikut pergi berjuang...

sepanjang perjalanan..ana memerhatikan alam sekeliling...subhanallah...panorama yang memberi inspirasi...jawapan kepada persoalan yang timbul di benakku semalam terjawab sudah...

sesegar hijau daunan pucuk muda..memberi ilham dan inspirasi...tadabbur ayat-ayat penciptaan Allah...bukti kekuasaan ALLAH, bagi orang-orang yang betul-betul mahu memerhati dan mengambil pelajaran...alangkah damainya jiwa...

seronok mengikuti bengkel ini...

sumandak kinabalu

No comments:

Post a Comment