Photobucket

Wednesday, October 3, 2012

Kaedah al-Jabari

Alhamdulillah, penulis sedang menyiapkan penulisan disertasi yang bertajuk  Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Qur'an: Kajian terhadap Kaedah al-Jabari. Penyelidikan ini merupakan suatu usaha dalam mendaulatkan al-Qur'an di negara kita yang tercinta, Malaysia khususnya dan di seluruh pelusuk dunia amnya. Kajian ini membincangkan dan mengupas secara terperinci mengenai perihal proses pengajaran dan pembelajaran al-Qur'an menggunakan sistem dalam Kaedah al-Jabari.  

Kajian ini merupakan usaha dalam proses mengkaji, iaitu kajian mengenai keunggulan dan perlaksanaan Kaedah al-Jabari sebagai suatu kaedah terbaru yang akan diketengahkan kepada masyarakat sebagai penyelesaian kepada polemik yang membelenggu ummat Islam dan menjadikan Ummat Islam uumat yang terbaik.

Ingatlah wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang menjadikan al-Qur'an sebagai panduan hidup, al-Qur'an akan membawanya ke syurga, dan barangsiapa yang meninggalkan al-Qur'an dan mengabaikannya, al-Qur'an itu akan menghalaunya ke neraka.

Pengetahuan tentang tilawah al-Qur'an merupakan pengetahuan awal dan asas dari ilmu al-Qur'an yang beraneka ragam. Kaedah ini dianggap lebih praktikal dan mudah difahami oleh para penuntut serta sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Dengan kehadiran kaedah yang ini, lebih ramai ummat Islam yang menguasai al-Qur'an sama ada dari aspek bacaan mahupun tulisan.




3 comments:

  1. mngkin boleh perincikan lagi apakah kaedah al-jabari tersebut. syukran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cikpuan Nafsah Dulajis. Insha'Allah saya akan perincikan dalam perkongsian yang seterusnya. Kedah ini merupakan kajian disertasi saya di peringkat Master.

      Delete
  2. moga kehadiran al-Jabari di Sabah (Ranau)....akan menyemarakkan lagi penguasaan al-Qura'an genarasi sekarang dan akan datang......insyallah

    ReplyDelete