Photobucket

Wednesday, September 22, 2010

Bagaimana kita melihat Ramadan...itulah yang kita dapat..

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurniaNya, tahun ini dapat lagi menjadi tetamu Ramadan buat kesekian kalinya, mengecapi nikmat dan keindahan beribadah di bulan yang penuh berkat yang Allah janjikan ganjaran berlipat kali ganda atas segala amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya, dibuka rahmat seluas-luasnya, serta keampunan maghfirah atas segala taubat.

Masa berlalu begitu pantas. Setelah sebulan berada di Um bagi sesi kali 2010/2011 ini, setelah mendaftarkan diri sebagai calon Sarjana Um dan menerima Ijazah Sarjana Muda UM pada Istiadat Konvokesyen Um 2010...maka Bulan Ramadan pun melabuhkan sauhnya...Masa berlalu begitu pantas...sekarang kita sudah berada di pertengahan bulan Syawal...bulan kemenangan Umat Islam setelah berperang melawan hawa dan nafsu ammarah di bulan puasa...Banyak perkara yang berlaku...tapi terpulang kepada setiap individu untuk menilainya...sama ada positif atauy negatif...

Sudah seminggu keriuhan sambutan Hari Raya, ziarah menziarahi antara sanak saudara dan sahabat handai,  kenduri kendara dan pelbagai macam lagi sudah ditinggalkan...kini ana sudah kembali ke bumi Universiti Perdana yang dicintai untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan dalam menuntut ilmu yang tidak akan bertemu titik penghujungnya...

Jasad ini walaupun sudah berada di KL...Tetapi hati dan perasaan masih berada di kampung halaman yangh indah permai...rindukan kokokan ayam yang bisa mengejutkan tidur  lena yang panjang...udara nyaman yang menyegarkan...air sejuk yang jernih...kehijauan...aroma yang segar......alangkah damainya hati...

Monday, September 6, 2010

MEMAHAMI SEJARAH AWAL KEDATANGAN ISLAM KE SABAH, NEGERI DI BAWAH BAYU


1. Permulaan Dakwah Islam di Sabah.


Bermula pada era penjajahan British iaitu kira-kira abad ke-14 yang lalu.
Pendakwah Islam yang pertama datang ke Sabah berasal dari Sulawesi dan menyebarkan Islam di Lahad Datu. Buktinya terdapat manuskrip dalam bahasa Ida’an yang mengesahkan kedatangan Islam yang awal berlaku di Lahad Datu.

Antara nama-nama Pendakwah : a) Mandur Syarif
-Menyebar Islam di Daerah Ranau

b) Ustaz Zaini Al-Palembangi
-Daerah Lahad Datu

2. Sebab kewujudan gerakan Islam di Sabah.

• Tuntutan agama Islam sendiri, iaitu Islam wajib disebarkan kepada orang lain, Islam dan bukan Islam.
• Bersaing dengan mubaligh-mubaligh Kristian yang datang untuk menyebarluaskan ajaran Kristian.
• Pedagang-pedagang yang datang dari Indonesia, Filipina dan Brunei berdagang ke Sabah, seperti ke Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Mereka pada mulanya berhubungan dengan penduduk setempat untuk berurus niaga, akan tetapi dengan keramahan dan kemuliaan hati budi yang ditunjukkan oleh para pedagang, akhirnya menambat hati penduduk kampung di daerah-daerah tersebut.

Kesan-kesan adanya aktiviti Dakwah di Sabah:

• Persatuan Islam Tawau (tahun 1950-1960-an)
• Persatuan Islam Putatan (tahun 1950-1960-an)
• Sekolah Agama At-Thudiniyyah, Kg. Buang Sayang, Papar (tahun 1956)
(Diasaskan oleh Allahyarham Datuk Salleh Ibrahim)
• Selepas Merdeka - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (U.S.I.A)1959
Tujuan penubuhan U.S.I.A : Menyatukan semua pertubuhan-pertubuhan Islam.
• Political Strategy(Pemerintah ketika itu Parti USNO)Menyebarkan Islam kerana Pemerintah adalah beragama Islam.
• Untuk capai status Negeri Islam, mesti penduduknya seramai 60% beragama Islam.
• Agama Islam sebagai agama rasmi di Negeri Sabah telah mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri pada tahun 1971.
• Rentetan daripada itu, Majlis Ugama Islam Sabah telah ditubuhkan pada 1791 bagi mengurus tadbir hal ehwal Islam.




3. Agama-agama lain di Sabah

• Kristian
• Buddha
• Hindu
• Sikh
• Pagan


4. Purata penduduk bukan Islam di Sabah

Kira-kira seramai 40% daripada penduduk keseluruhan di Sabah.


9. Purata penduduk bukan Islam yang memeluk Islam setiap tahun mulai tahun 2000 ialah kira-kira 1,300 orang – 2,000 orang.

SUMBER : JHEAINS & UMS
"DAKWAH DI SABAH" PERLU PANDAI MEMBACA LIKU SEJARAH NYA YG BERPUTAR-PUTAR..SKG ANA TGH BUAT KAJIAN PERANAN JHEAINS DALAM P.AL-QURAN DI KALANGAN MASY DUSUN...SO, INI BAHAN PERTAMA YG ANA DAPAT..dengan mengkaji sejarah, kita dapat lihat kekuatan, kelemahan, halangan dan peluang dakwah di sabah, based on the pengalaman yang lalu...kita boleh tebas buat jalan baru...

Saturday, October 17, 2009

Bukan Sekadar Itu.......


Ana Mau Menulis
Ana Mulakan Penulisan Di Suatu Pagi….Sebelum Subuh…Mudah-Mudahan Fikiran ini kekal Bernas dan dipandu wahyu ilahi untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati ini. Mudah-mudahan niat untuk menulis tidak tersasar daripada tujuan asal ana iaitu untuk berkongsi sedikit ilmu dan rasa yang ada dalam diri hamba-Nya yang kerdil ini, menunaikan amanah ilmu yang tergalas di bahu sebagai tolaba al-ilm, menyahut seruan Rasul jungjungan, Nabi Muhammad s.a.w "sampaikan walau satu ayat"…..
Ana merasakan apa yang bermain di benak ana bukannya perkara kecil dan perlu ana berkongsi dengan orang lain untuk sama-sama berfikir. Kadang-kala sampai ana nda tahu kepada siapa mahu diluahkan semua ini..ana selalu bercakap tentang apa yang ana impikan, dan orang sekeliling ada yang mengatakan idea ana tidak munasabah, atau perkataan yang sahabat ana dari fakulti ekonomi selalu gembar-gemburkan dalam komunikasinya "kurang jejak"…atau dalam bahasa lain"sampai angkasa"..ana pun berfikir lagi… kembali kepada Allah…Allah Maha Besar…apapun mesti kembali kepada Allah. Keyakinan mesti tinggi. ana mengadu pada Allah. jawapan yang ana temui, ada impian dan mimpi itu tidak ada salahnya, tetapi yang penting ia bukan angan-angan mat jenin...impian setinggi gunung kinabalu sekalipun, mesti disertai dengan tindakan...menuntut ilmu itu wajib, tapi tidak semestinya menjadi pandai...menyampaikan dakwah itu fardhu ain bagi setiap Muslim...tapi hidayah itu hanyalah milik Allah s.w.t...
Alhamdulillah, ana dapat ilham untuk menulis.. ana merasakan inilah jawapan yang paling tepat. menulis,... seseortang bebas menyampaikan apa yang ingin sdiampaikan, bebas dari pemotongan percakapan oleh orang lain…bukan tidak boleh untuk dikritik, tetapi kadangkala bilamana kita suka memotong percakapan orang lain, nanti pemahaman terhadap apa yang ingin disampaikan akan berbeza daripada maksud asalnya, dan individu tersebut akan terbantut pemikirannya..ana mohon kepada yang membaca tulisan ana untuk beri kritikan yang membina, telus dan menigikuti adab-adab atau kaifiat yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam memberikan pandangan dan kritikan terhadap musuh dan lawan.
Ana mendapat nasihat daripada seorang murabbi….mulakan penulisan dengan penulisan ilmiah…ada dalil, hujah, bukti dan contoh…Alhamdulillah ana sekarang berada di tahun akhir pengajian di peringkat SARJANA MUDA USULUDDIN, JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR…untuk melengkapkan pengajian, satu penyelidikan ilmiah perlu dijalankan disertai laporan penyelidikan ilmiah..insya'allah, penuliaan INI dimulai penulisan ilmiah….
Ana memohon pada Allah s.w.t moga-moga tulisan ini bukan sekadar tulisan kosong yang tidak ada ertinya…bukan sekadar omongan kosong, bukan sekadar tempat meluahkan rasa, bukan sekadar orang lain ada blog, ana pun ingin punya blog, tapi mempunyai nilai dan martabat ilmu yang mampu diambil pengajaran dan ibrah daripadanya untuk dijadikan teladan dan sempadan dalam menjalani kehidupan dunia semantara yang penuh dengan ranjau dugaan di era globalisasi yang semakin mencabar ini untuk menuju ukhrawi yang kekal abadi dan mencapai Mardhatillah….insyaallah….
bicara...tulisan pena...bukan sekadar itu....
Masjid Kg Tungku 2009, Bait al-Balqis PD...2010 (22 Ramadan 1431 H)

Thursday, August 20, 2009

Suka sekali bila menyebut pasal warna. Kerana saya minat dengan warna......Warna ungu adalah warna kegemaranku. Bagiku warna ungu adalah sumber ketenangan

Thursday, July 2, 2009

Bismillahirrahmanirrahim




Bismillahirrahmannirrahim......
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih memberikan nikmat hidup di dunia yang
penuh dengan pancaroba ini...
Segala jerih perih kehidupan yang bisa mematangkan
kumulakan penulisan tentang kehidupan...
sebagai peringatan buat diriku yang sering alpa dalam menjalani kehidupan ini
.......kehidupan di dunia penuh dengan warna warni...
kitalah yang menentukan apakah warna yang akan mewarnai kehidupan kita.....
adakah secantik warna-warna bunga yang semerbak wangi ataupun sebaliknya?????
kita adalah hamba yang diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi
dan pemakmur kepada alam ini.....
kehidupan kita kan menjadi indah andainya Allah menjadi matlamat utama..


Bingkai kehidupan
Album : Hijrah
Munsyid : Bijak
http://liriknasyid.com




Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan


Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan


Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina


Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi