Tajuk entri saya pada kali ini adalah " Menajamkan pena dakwah untuk memandaikan ummah, mengajak kembali kepadaNya".
Menulis sesuatu yang bermanfaat dan mengandungi ilmu dan hikmah merupakan suatu perkara yang bukan mudah. Itulah impian saya, agar penulisan yang saya hasilkan tidak tersasar daripada niat asal untuk membawa pembaca termasuk diri sendiri kembali kepada Sang Pencipta.
Hujung minggu ini saya akan menghadiri Klinik Penulisan CASIC. Bersedia untuk dirawat, dibedah dan diubat setelah berada dalam Klinik Bina Modul minggu lepas. Moga selepas ini akan lahir ubat yang akan menjadi santapan rohani buat remaja-remaja yang menanti karya ini di luar sana.
"Gadis... inginku luahkan padamu... sungguh, besar potensi dalam dirimu untuk membanggun Ummah... Jika redha Ilahi menjadi pilihanMu".
Insha'Allah topik "Tips menjadi Remaja Anngun" menjadi topik pilihan saya untuk dikupas dan digubah menjadi kuntuman yang mekar... hadiah buat gadis...remaja... suatu zaman yang pernah menjadi kenangan masa lalu.... yang merupakan masa depan generasi yang bakal dilahirkan.
Terinspirasi dengan kata-kata Ukhti Asma Nadia. Sungguh beralun untaian kata yang seolah-olah menasihati dan memberi semangat kepada saya untuk terus menarikan mata pena agar sentiasa tajam yang ingin saya kongsikan di sini yang saya petik melalui FB Ukhti Asma Nadia.
Bagaimana semangat menulis rekan saat sini?
Ayo semangat!
Menulis itu nggak ada bosnya.
Nggak ada yang ngatur atau maksa-maksa kita menyelesaikan tulisan.
Kompornya harus dibangun dari diri sendiri. Insya Allah begitu menemukan alasan yang tepat untuk menulis, tidak akan yang bisa menghentikan semangat itu.
Sebab dengan menulis kita berbagi.
Dengan menulis terlepas diterbitkan atau tidak, kita melepaskan catatan hati yang kadang begitu memberati.
Dengan menulis pula maka semua pengalaman, yang ingin kita wariskan ke anak dan cucu:) insya allah abadi.
Satu halaman perhari, 365 halaman pertahun.
Banyak membaca, jika rekan tidak ada waktu, pilih bacaan yang sesuai dengan jenis tulisan yang ingin rekan-rekan buat, sehingga pengalaman membaca sekaligus mengasah kemampuan menulis nanti dan memberikan wawasan yang diperlukan.
Ya, saya punya alasan yang tepat untuk menulis. Erti hidup pada memberi. Gadis.. tunggu catatan, untaian nasihat buat panduan kita bersama.
~Iaitu (orang-orang) yang mengingati ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi(seraya berkata): "Ya Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia: Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.~(Ali - Imran : 3:191)
Tuesday, January 21, 2014
Wednesday, January 1, 2014
KETEGUHAN SEBUAH AZAM
He who wills the end, wills the mean
Jika ada azam dan kemahuan untuk mencapai sesuatu maksud, tentu kita akan sedaya upaya mencari jalannya.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
My determination did not waver. I know it's not easy task but he who wills the end, wills the mean . Nothing can stop me and I will find the way by hook or by crook.
Aku teguh dengan tekadku. Aku tahu kerja ini tidaklah mudah namun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih . Tiada apa yang mampu menahanku dan aku akan mencari jalan dengan apa cara sekalipun.
Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
SELAMAT DATANG TAHUN 2014 M
Alhamdulillah syukur, masih lagi dipanjangkan usia memijak tahun baru masihi. Apa rasanya memijak tahun baru? Rasanya biasa-biasa sahaja. Biasanya ada sambutan ibarat menyambut kedatangan angin baru. Akhir tahun sinonim dengan penilaian atau muhasabah sepanjang tahun apa yang sudah dicapai dan digapai dalam hidup. Apakah sudah direalisasikan ataupun masih dalam proses merealisasikan sebuah cita-cita. Dan tahun baru pula adalah penerusan kepada suatu azam agar terus memperbaiki kualiti hidup menerusi formula P.I.E.S. (Phisycal, intellect, emotional, spritual).
SOALNYA: SEBUAH AZAM

Ya, setiap awal tahun, sama ada tahun baru hijrah atau tahun baru masihi, pasti isu yang hangat dibahaskan adalah "azam baru". Azam itu sudah pasti penerusan kepada apa yang sudah dirancang sebelum ini. Pembaharuan kepada sebuah semangat agar tidak lemah dan lesu daripada terus melaksanakan perkara yang baik-baik tersebut.
Ramai yang hanya menyematkan azamnya hanya dalam bentuk memori dalam minda. Tetapi ramai juga yang menterjemahkan dalam bentuk tulisan yang cantik dan menampalnya agar tidak lupa. Walau bagaimanapun bentuk dan cara seseorang melakarkan azamnya ia bergantung kepada kesesuaian setiap individu.
Azam adalah sebuah perancangan yang dirancang menerusi inletektual seseorang, dan emosi merupakan elemen yang membuatkan seseorang berdisiplin untuk mencapai azam yang telah dirancang dalam hidup seseorang individu.Kekuatan fizikal, intelek dan emosi dapat dikukuhkan lagi dengan elemen spritual yang akan menatijahkan hasil yang cemerlang iaitu tuaian sepanjang tahun daripada benih yang disemai di awal tahun.
Menjadi sebaik-baik manusia.
Bingkisan untuk terus menitipkan nasihat buat diri yang sering lupa.
Di pengakhir bulan Disember 2013, fikiran melayang. Terbang jauh mengimbau kenangan lalu. Sudah lama kembara di bumi milik Ilahi. Sejauh manakah lagi perjalanan meniti kehidupan di dunia yang fana' ini. Malam ini saya termenung panjang. Bermuhasabah dan bermonolong panjang dalam diri. Lafaz Istighfar membasahi tangkai hati. Ngilu menyentuh tangkai hati. Apakah yang akan dipersembahkan di hari pengadilan kelak...
Kenangan sejak kecil silih berganti mengetuk memori ingatan. Kedudukan saya dalam bidang Pengajian islam, kadangkala menerbitkan gusar di hati. Bagaimana akhlak yang saya pamerkan pada ibu ayah, ahli keluarga dan teman-teman. Adakah seiring teori ilmu agama yang dipelajari dan praktikal dalam pergaulan seharian. Hablu Min Allah, Hablu Minnaas..
Saya meminati bidang Pengajian Islam sejak di bangku sekolah rendah. Sekolah tempat saya memulakan pengembaraan menimba ilmu secara formal adalah Sk. Mohimboyon Ranau. Saya meminati subjek Pendidikan Islam dan Allah memudahkan saya memahaminya, walaupun saya agak lemah dalam penguasaan bacaan al-Qur'an pada waktu tersebut. Tetapi, saya kuatkan usaha dan azam saya dengan iltizam semasa mengikuti pelajaran bacaan al-Qur'an semasa kelas Pendidikan Islam dan kelas KAFA di sebelah petangnya. Antara Ustaz dan Ustazah yang telah mengajar saya mengenal huruf Hija'iyyah sehingga saya boleh menuturkan kalimah al-Qur'an adalah Ustaz Hamiri Karin, Ustazah Juhaseh Jinin dan Ustazah Haini Gapi. Tanpa usaha mereka saya mungkin tidak sampai diperingkat ini. Syukur ke hadrat Ilahi, moga Allah melimpahkan
Liga Ilmu
Bacalah Untaian kalimah dalam blog ini dengan membaca Bismillah. Kemudian berselawatlah kepada Rasulullah dan berdoa kepada ibu bapa, guru, kaum keluarga, Muslimin dan Muslimat. Semoga kita mendapat redhaNya.
Insha'Allah saya mahu membeli dan membaca buku ini. Saya kongsikan untaian kata-kata mengenai buku ini yang saya petik dari
FB:
Buku apakah ini yang telah menggetarkan hati hati yang membacanya, inspirasi bagaimana seorang ibu ayah yang supersibuk di Indonesia, yang 10 orang anaknya menghafal Al-Quran.
Mereka bukan sahaja hebat dalam menguasai Al-Quran , tetapi mereka sering berprestasi dalam pendidikan.
Jom kita kenal dengan ibu yang mendidik 10 anak yang semuanya menghafal Al-Quran! Sudah pasti ibu ini mempunyai strategi hebatkan?
Inilah sebuah kisah inspiratif dan luar biasa tentang sebuah keluarga supersibuk yang kesepuluh anaknya menjadi bintang Al-Quran.
Buku ini tentu mengajarkan keteladanan bahwa menghafal Quran itu bisa dilakukan oleh siapa pun, termasuk oleh keluarga yang supersibuk sekalipun. Faktanya sudah sedemikian nyata. Oleh karena itu, sejatinya seluruh keluarga Muslim sudah dapat mulai membiasakan menghafal Alquran sejak sekarang.
Bagaimana cara dan memulainya? Teladani keluarga 10 bersaudara ini melalui buku 10 Bersaudara Bintang Alquran.

:: Berazam untuk menghadami isi buku ini, demi pembentukkan generasi masa hadapan ::
Sunday, November 3, 2013
Wisata Ilmiah di penghujung Zulhijjah 1434 H
PESAWAT QZ8596 BDO
8.30 MALAM
Penerbangan ditangguh
sebanyak 5 kali. Pasti ada hikmahnya. Mentarbiyyah diri untuk selalu positif itu lebih memberi makna.
Yang penting di tanggan ada buku yang menjadi peneman, agar masa yang ada tidak
berlalu begitu sahaja tanpa sesuatu perkara yang bermanfaat dan mendatangkan
makna dan nilai tambah pada diri.
Alhamdulillah.
CATATAN MUMTAZ HUMAIRA
Hidup ini penuh dengan
perkara-perkara yang paling indah. Setiap insan pasti memiliki sudut-sudut
terindah dalam hidupnya yang akan sentiasa menyuntik semangat untuk terus
menghadapi kehidupan dengan penuh keyakinan. Keyakinan bahawa setiap perkara
yang berlaku dalam hidup itu merupakan perkara yang terindah dan teristimewa.
Kerana dalam kamus kehidupan insan yang beriman, setiap yang berlaku adalah
perancangan terbaik dari sang Pencipta.
Sebahagian entri ini
dicoretkan di dalam buku tulis saat pesawat Airasia QZ8596 BDO mendarat di bumi
Husen Sastranegara Bandung. Perjalanan selama lebih kurang dua jam dari tanah
air, membawa diriku bermusafir ke Negara jiran ini.
Permusafiran kali ini
merupakan wisata ilmiah kedua. Wisata pertama pada 12 Jun 2012 – 21 Jun 2012.
Cuma sebelum ini penerbangan ke Jakarta, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa
Seokarno Hatta, ditemani teman sekuliah sejak Sarjana Muda dan Sarjana iaitu
Siti Sarah Izham. Permusafiran kali ini bersama rakan penyelidik Centre Of
Quranic Reserch iaitu kak Noor Jamaliah Ibrahim yang sedang melanjutkan kuliah
Kedoktoran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komputer Sains.
HARAPAN
Kedatangan kali ini
untuk mendapatkan beberapa maklumat lagi untuk melengkapkan kajian di peringkat Sarjana
mengenai Kaedah al-Jabari: Solusi kepada masalah buta baca dan tulis al-Quran.
Semoga kakiku kuat untuk meneruskan perjalanan ini. Moga perjalanan ini bisa memberikan
semangatku untuk terus berjuang di medan ilmu Allah yang Maha Luas.
Dari cermin pesawat,
aku dapat memerhatikan gemerlapannya cahaya lampu disegenap Kota Bandung
menggambarkan geografi kepadatan sebuah Negara yang mempunyai penduduk Islam
paling ramai di dunia. Moga aku mendapat hikmah di sepanjang perjalananku yang bias
menambah nilai diriku menjadi insan yang lebih mempunyai hati dan meninggikan darjatku
di SisiNya.
NIAT YANG BERBEZA
Hujan renyai-renyai
menyambut kedatangan kami. Alhamdulillah.
“Selamat datang ke Bandung Irna. Moga bermanfaat
untuk ummah.”
Ketemu tiga insan ini
yang pastinya:
1. Pak Yusuf Sodik
2. Ibu Liska
3. Pak Mukhtar Thumin
Saat keluar dari pesawat, saya ditegur
oleh pramugara yang ganteng. Agak-agaknya begini perbualannya:
Pramugara: Datang ke
Bandung untuk shopping ya?
Irna : Emangnya kalau
ke Bandung itu harus shopping ya?
Pertanyaan dijawab
dengan pertanyaan. Saya jelaskan pada diri mengenai tujuanku… Kajian
ilmiah..kajian ilmiah.. kajian ilmiah… Kalau ada kesempatan untuk membeli
belah, insha’Allah akan berkunjung ke Pasar Baru. Sememangnya Bandung itu
adalah pusat membli belah yang terkenal di Nusantara. Tapi saya ke sini
berkelana untuk memcari solusi Pengajian al-Quran di Nusantara untuk ummah!!!
Sunday, September 15, 2013
menulis... Menulis sesuatu yang bermanfaat.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
: : 10 Zulkaedah 1434 H : : / : : 16 September 2013 : :
Cepatnya masa berlalu. Sudah hampir setahun tidak menulis di laman mumtazhumaira.blogspot.com. Banyak perkara yang mahu dikongsikan. Moga iktibar dan ibrah daripada peristiwa yang terakam dalam memori dapat dicurahkan sebagai peringatan bersama.
Bulan september 2013... banyak perkara yang baru berlaku dalam hidup penulis, menyebabkan beberapa rutin biasa diubah mengikut kesesuaian jadual, amanah dan tanggungjawab yang digalas. Alhamdulillah, starategi masa perlu disusun agar mampu menggunakan masa 24 jam sehari sebaiknya.
PENGURUSAN MASA
Mengambil inisiatif untuk merancang apa yang akan dilakukan selama seminggu. Rancangan yang dibuat ala-ala "rancangan pengajaran dan pembelajaran" yang perlu disiapkan oleh seorang guru untuk mengajar anak-anak murid di sekolah.
Diri sendiri merupakan guru kepada diri sendiri. Orang yang berjaya adalah orang yang berjaya merancang perjalanan masa yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t. Alhamdulillah, berkat saranan dan nasihat seorang sahabat penulis pada Ramadhan yang lepas, penulis kembali melakukan kebiasaan yang makin penulis lupakan iaitu mencatat segala perancangan di atas kertas agar bila terlupa maka akan segera tersedar bila melihat semula perancangan yang telah dicatat.
SOAL MATLAMAT
Perancangan harian yang ditulis merupakan matlamat yang perlu dicapai dalam kehidupan seharian. Penilaian pencapaian boleh dilakukan setiap malam sebelum mata melabuhkan tirai. Biasakan merenung kembali segala tindakan yang dibuat, muhasabah kembali... adakah segala tindakan kita selari mengikut perancangan sedia ada ataupun telah lari daripada misi asalnya. keesokan harinya, selepas membaca doa selepas tidur lihat kembali perancangan yang telah dibuat untuk menghadari hari seterusnya.
PERIHAL MENULIS
14-15 September. Penulis terkejar-kejar untuk menghadiri tiga tempat program berbeza yang agak jauh jaraknya. Dari Petaling Jaya ke Shah Alam, dari Shah Alam Ke Nilai, dan dari Nilai ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, tiga tempat yang sudah sejak awal diniatkan di hati untuk mahu menghadirinya. Bertemu ramai insan-insan hebat yang telah berkongsi cebisan-cebisan ilmu dan pengalaman yang amat berharga.
Menjadi pengembara demi mengumpul cebisan-cebisan ilmu. Alangkah indahnya, berada di taman-taman syurga. Moga diri ini mampu menjadi sebahagian daripada mereka. Ulama pewaris Anbiya'. Ya, kunci utamya adalah "Iqra".... "Iqra"... "Iqra"... Allazi Allama Bil Qalam....
"Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya".

Wednesday, October 3, 2012
Sekelumit Rasa
ALHAMDULILLAH
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas di alam persinggahan, tempat untuk menambah bekalan buat berkelana ke alam sana. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Rasulullah, para sahabat dan pejuang-pejuang Islam dan juga buat kedua ibu bapa kita, yang menjadi asbab kita lahir ke alam persinggalan ini.
Tanggan ini sering terpanggil untuk meninta kata dan bicara untuk berkongsi sekelumit rasa di alam maya, sebagai panduan bersama untuk sama-sama memperbaiki diri untuk mempersiapkan diri untuk meneruskan gelendangan sisa-sisa kehidupan. Agar kita dan meneruskannya dalam keadaan paling sempurna dan terbaik di alam sana kelak.
MATLAMAT HIDUP
Saat saya menulis tinta bicara ini, saya sedang bergelar seorang anak, pelajar Sarjana Usuluddin (Master) di Universiti Perdana di tengah kota Metropolitan (Universiti Malaya). Saya juga menjadi beberapa persatuan dan pertubuhan yang aktif dalam menjalankan misi dan visi penubuhannya seperti Akademi Khadeejah, MARSIS dan REAL.
Saya merupakan anak bongsu pasangan suami isteri yang mencari rezeki melalui aktiviti pertanian dan perniagaan. Sejak kecil darah usahawan sudah mengalir di dalam diri saya. Setiap hari meyaksikan kegigihan ibu dan ayah mencari rezeki buat sebuah kehidupan dan membesarkan tiga orang permata hati mebuatkan saya lebih dekat dan memahami realiti kehidupan yang sebenar. Insya'Allah, rezeki Allah itu sangat besar dan luas. Saya sangat bersyukur dan bahagia melalui kehidupan yang telah Allah rancangkan. Begitu besar hikmahnya yang perlu sentiasa disyukuri dalam meniti kehidupan seorang hambaNya yang beriman.
Tarbiyyah Iqtisodiah yang ditanamkan sejak kecil, kata-kata ayah dan ibu yang sering menjadi motivasi untuk berjaya, sudah rencam dan sebati dengan diri...
"Yang penting kita rajin berusaha, jangan malas, insya'Allah rezeki Allah tetap akan datang kepada kita"...
"Belajar rajin-rajin, dapat masuk Universiti, dapat kerja yang bagus, Insya'Allah cerah masa hadapan"...
"Bila Ina dah habis master, boleh cari kerja, jadi pensyarah di UMS Kota Kinabalu. Boleh beli kereta dan rumah. Mak nak duduk dengan Ina."...
Harapan ibu dan ayah mengunung tinggi buat anaknya. Pasti harapan itu suatu doa yang mahukan anak-anak mereka berjaya mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, bersyukur Allah lorongkan pada jalan juang jihad Iqtisodiah ini. Pasti akan ditunaikan harapan ibu dan ayah secepat mungkin. Ya Allah, bantulah aku untuk berbakti kepada ibu dan ayah.. Kewajipan lebih banyak, berbanding masa yang ada.

Kaedah al-Jabari
Alhamdulillah, penulis sedang menyiapkan penulisan disertasi yang bertajuk Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Qur'an: Kajian terhadap Kaedah al-Jabari. Penyelidikan ini merupakan suatu usaha dalam mendaulatkan al-Qur'an di negara kita yang tercinta, Malaysia khususnya dan di seluruh pelusuk dunia amnya. Kajian ini membincangkan dan mengupas secara terperinci mengenai perihal proses pengajaran dan pembelajaran al-Qur'an menggunakan sistem dalam Kaedah al-Jabari.
Kajian ini merupakan usaha dalam proses mengkaji, iaitu kajian mengenai keunggulan dan perlaksanaan Kaedah al-Jabari sebagai suatu kaedah terbaru yang akan diketengahkan kepada masyarakat sebagai penyelesaian kepada polemik yang membelenggu ummat Islam dan menjadikan Ummat Islam uumat yang terbaik.
Ingatlah wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang menjadikan al-Qur'an sebagai panduan hidup, al-Qur'an akan membawanya ke syurga, dan barangsiapa yang meninggalkan al-Qur'an dan mengabaikannya, al-Qur'an itu akan menghalaunya ke neraka.
Pengetahuan tentang tilawah al-Qur'an merupakan pengetahuan awal dan asas dari ilmu al-Qur'an yang beraneka ragam. Kaedah ini dianggap lebih praktikal dan mudah difahami oleh para penuntut serta sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Dengan kehadiran kaedah yang ini, lebih ramai ummat Islam yang menguasai al-Qur'an sama ada dari aspek bacaan mahupun tulisan.

Sunday, September 23, 2012
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya
Assalamualaikum wbt, Salam Perjuangan menuju kemenangan!
25 September 2012 satu tarikh keramat yang menyelongkar pelbagai persoalan dan tarikh yang dinanti-nanti oleh segenap masyarakat di Universiti Malaya (UM) untuk membongkar persoalan mengenai siapakah yang akan menatang dulang kemenangan untuk mengisi kelompongan kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sessi baru 2012/2013. Sesi pilihanraya ini akan memilih calon-calon yang akan memegang amanah menerajui barisan kepimpinan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM).
Pilihanraya Kampus (PRK) UM kali ini telah menyaji dan menjanjikan persaingan yang hebat dan pertempuran tertumpu kepada perebutan bagi kerusi Umum mahupun fakulti. Pilihanraya Kampus kali ini menampilkan kelainan kerana pihak Universiti mengadakan 3 kerusi untuk pelajar Postgraduate bertanding. Satu kerusi Umum dan dua kerusi Fakulti. Penulis sendiri menyahut cabaran untuk bertanding di kerusi fakulti Institut Pengajian Siswazah (IPS).
Setiap calon menampilkan strategi-strategi tersendiri untuk mencanai
pergerakan kempen mereka untuk mencipta gelombang yang dapat memikat
hati para pengundi. Para calon juga sedikit tercabar dengan tempoh kempen yang agak singkat iaitu selama empat hari sahaja dan terpaksa bersabar dengan karenah birokrasi pihak pengurusan kolej-kolej kediaman. Alasan bahawa tempoh berkempen yang dibenarkan bagi sebuah pilihan raya di kampus
selama tidak sampai seminggu sudah memadai kerana tempoh yang panjang boleh
mengganggu proses pembelajaran memang tidak menasabah, kerana setiap calon memerlukan masa yang lebih panjang untuk berkempen.
Walaupun tempoh berkempen yang agak singkat, ini tidak menjadi halangan kepada para peneraju keintelektualan varsiti untuk terus berjuang. Calon-calon mengambil pendekatan konvensional dan menggunakan teknologi untuk berkempen termasuk mengedarkan risalah, berpidato dan menggunakan media massa untuk berkempen dalam mendekati pengundi.
Buat semua para pejuang, teruskan berubah, teruskan berjuang... Kerana kemenangan menanti di hadapan.
:: KAMI SEDIA MEMIMPIN ::
25 September 2012 satu tarikh keramat yang menyelongkar pelbagai persoalan dan tarikh yang dinanti-nanti oleh segenap masyarakat di Universiti Malaya (UM) untuk membongkar persoalan mengenai siapakah yang akan menatang dulang kemenangan untuk mengisi kelompongan kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sessi baru 2012/2013. Sesi pilihanraya ini akan memilih calon-calon yang akan memegang amanah menerajui barisan kepimpinan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM).
Pilihanraya Kampus (PRK) UM kali ini telah menyaji dan menjanjikan persaingan yang hebat dan pertempuran tertumpu kepada perebutan bagi kerusi Umum mahupun fakulti. Pilihanraya Kampus kali ini menampilkan kelainan kerana pihak Universiti mengadakan 3 kerusi untuk pelajar Postgraduate bertanding. Satu kerusi Umum dan dua kerusi Fakulti. Penulis sendiri menyahut cabaran untuk bertanding di kerusi fakulti Institut Pengajian Siswazah (IPS).
Calon Fakulti IPS
Calon Umum dan Fakulti setiap zon
Walaupun tempoh berkempen yang agak singkat, ini tidak menjadi halangan kepada para peneraju keintelektualan varsiti untuk terus berjuang. Calon-calon mengambil pendekatan konvensional dan menggunakan teknologi untuk berkempen termasuk mengedarkan risalah, berpidato dan menggunakan media massa untuk berkempen dalam mendekati pengundi.
Buat semua para pejuang, teruskan berubah, teruskan berjuang... Kerana kemenangan menanti di hadapan.
:: KAMI SEDIA MEMIMPIN ::
Friday, February 17, 2012
Artikel Dakwah Negeri di Bawah Bayu
sumber-
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20070311134457/
Article/
Jejak: Ahli sufi Ranau kebal
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
Ilmu batin dimiliki Mandur Syarif Adiwinata merintis kepada
penyebaran Islam di Sabah
SEORANG ahli sufi terkenal di Ranau, Sabah pada 1940-an, Mandur
Syarif Adiwinata, dikatakan tidak mati digilis jentera penggelek
jalan (steam roll) yang digunakan untuk membunuh tokoh itu.
Ilmu kebal atau ilmu batin dimilikinya merintis kepada penyebaran
Islam di kalangan penduduk tempatan berbangsa Dusun di daerah yang
terkenal sebagai lokasi Gunung Kinabalu itu.
Dalam tempoh dua dekad berdakwah di Ranau dan daerah pedalaman Sabah
pada 1940-an, dianggarkan seramai 63,000 orang berjaya diIslamkan
oleh Mandur Syarif Adiwinata dan pengikutnya.
Nama sebenar Mandur Syarif Adiwinata ialah Muhammad Sarip Adiwinata
Ambik atau Syeikh Saib. Bagaimanapun, di kalangan masyarakat Dusun
yang menjadi pengikutnya, tokoh itu dikenali `Bapa Tua' atau `Bapa
Sarip'.
Mandur Syarif Adiwinata dilahirkan di Gagak Jaluh, Manjala, Bandung,
Jawa Barat, Indonesia pada 1884 dan dipercayai meninggal dunia di
Cicadas, Bandung pada 1969 ketika berusia 115 tahun.
Sebelum berhijrah ke Sabah atau ketika itu Borneo Utara pada 1930-
an, beliau pernah menetap di beberapa negeri di Semenanjung iaitu
Melaka, Selangor dan Terengganu, selain selatan Thailand.
Kurator Muzium Tamadun Islam Sabah, Arif Abdul Hamid, berkata kajian
mengenai Mandur Syarif Adiwinata ada dalam koleksi muzium itu,
tetapi belum didokumentasikan kerana penyelidikan mengenainya masih
dijalankan.
Bekas Pengarah Dakwah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia), Datuk
Awang Sahari Abdul Latif, berkata peringkat awal Mandur Syarif
Adiwinata berhijrah ke ladang getah Sapong dan Melalap, Tenom di
Pedalaman Sabah.
Selepas itu, katanya tokoh itu dipindahkan oleh pengurusan ladang
itu ke Ladang Lobou, Tuaran yang bersempadan dengan Ranau serta
beliau memilih berdakwah di Ranau yang ketika itu penduduknya belum
menerima ajaran Islam.
Beliau berkata, tokoh itu mula berdakwah sejak awal kedatangannya ke
negeri ini dan kegiatan itu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh
pada 1943 terutama di kalangan masyarakat Dusun tidak beragama
atau `Pagan'.
"Dakwah berbentuk nasihat dan bimbingan diterima baik kumpulan sasar
yang belum beragama, sekali gus menimbulkan kemarahan penjajah
beragama Kristian," katanya kepada Berita Minggu di Putatan,
Penampang, Sabah.
Sementara itu, Awang Sahari berkata, peringkat awal berdakwah di
Ladang Lobou, Mandur Syarif Adiwinata mendapati ramai penduduk
setempat di ladang itu dan daerah sekitarnya berminat memeluk Islam.
Katanya, penduduk terbabit majoritinya berbangsa Dusun dari Telipok,
Menggatal, Tamparuli, Kota Belud dan Ranau.
Beliau berkata, ketika bekerja di Melalap, tokoh itu turut berdakwah
di daerah itu, selain Tenom, Beaufort, Papar dan Kota Kinabalu atau
ketika itu dikenali Jesselton.
"Biarpun nama Mandur Syarif Adiwinata asing dalam gerakan dakwah di
Sabah tetapi sumbangan beliau amat besar dalam perkembangan Islam
terutama di daerah pedalaman yang belum menerima Islam," katanya.
Seorang pengkaji Sejarah Islam di Sabah, Dr Muhidin Yusin, yang
berasal dari Ranau, berkata Mandur Syarif dihukum bunuh dengan
menggilisnya menggunakan jentera penggelek jalan.
Bagaimanapun, katanya, tokoh itu tidak mati yang membawa kepada
dimensi baru gerakan dakwah Islamiah di daerah pergunungan yang
sebelum itu terpisah dengan agama Islam.
Beliau berkata, sekumpulan lelaki yang diarah melaksanakan hukuman
itu lari lintang-pukang selepas mendapati tubuh tokoh itu tiada
cedera selepas digilis jentera berat berkenaan.
"Keperibadian mulia dan kekebalan Mandur Syarif Adiwinata
mengukuhkan keyakinan masyarakat setempat untuk memeluk Islam dan
menyertai gerakan penentangan penjajah," katanya.
Dr Muhiddin berkata, beberapa kampung di Ranau mirip Lubnan iaitu di
utara beragama Islam dan di selatan Kristian atau sebaliknya yang
terpisah oleh sebuah sungai, tetapi ia tidak menghalang gerakan
dakwah Islamiah.
Katanya, gerakan dakwah yang diasaskan oleh Mandur Syarif Adiwinata
merintis kepada perkembangan Islam di daerah yang turut dikenali
dengan Kolam Air Panas Poring iaitu kawasan pelancongan alam semula
jadi.
Beliau berkata, antara pemeluk Islam terawal di Ranau ialah Muhammad
Ali Kandalis, Daud Beringkok, Roman Limbongot dan Naiman Aru.
"Gerakan dakwah dijalankan Mandur Syarif Adiwinata menjadi ancaman
kepada penganut agama lain menyebabkan gerakannya dipantau pihak
penjajah yang membawa kepada hukuman bunuh terhadap tokoh itu.
"Bagaimanapun, tokoh itu tidak meninggal dunia ketika digilis
menggunakan jentera penggelek jalan yang menimbulkan kepercayaan
sebahagian penduduk Ranau terhadap Islam," katanya.
Seorang graduan dari Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti
Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi,
Selangor, Fatimah Sulaiman, berkata Mandur Syarif Adiwinata memiliki
ilmu kebatinan berlandaskan Islam.
Katanya, tokoh itu meletakkan syarat untuk mempelajari ilmu
kebatinan seseorang itu hendaklah beragama Islam yang menyebabkan
ramai penduduk daerah itu memeluk Islam untuk membolehkan mereka
menuntut ilmu berkenaan.
"Ajaran dipelajari pula hendaklah ke arah kebaikan merangkumi
keselamatan diri dan keluarga serta mengubati penyakit yang sukar
dikesan melalui teknologi perubatan moden," katanya yang membuat
kajian mengenai tokoh itu.
Fatimah berkata, ilmu kebatinan yang disampaikan Mandur Syarif
Adiwinata dipercayai masih diamalkan penduduk kampung di Ranau
antaranya Kampung Libang, Lohan, Tagudan Baru, Tagudan Lama, Ratau,
Putatan, Kundasang, Limpasu dan Kinapulidan.
"Purata pengamal ilmu kebatinan itu bagi setiap kampung adalah
antara tiga hingga empat orang," katanya.
Justeru, Mandur Syarif Adiwinata adalah seorang tokoh yang tidak
seharusnya dipinggirkan dalam senarai pendakwah yang berjuang
menegakkan syiar Islam di negeri di Bawah Bayu.
>Bapa Tua pikat penduduk dengan rawatan tradisi
SEORANG pengkaji sejarah Islam Sabah, Abdul Naddin Shaiddin, berkata
ramai datang menemui Mandur Syarif Adiwinata untuk berubat secara
tradisional.
Pada masa sama tokoh itu menjadi buruan penjajah kerana menyebarkan
ajaran Islam, sekali gus menimbulkan kemarahan Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British (SBBUB).
"Berdasarkan pandangan beberapa pengkaji Sejarah Islam Sabah, Mandur
Syarif Adiwinata adalah seorang tabib yang menggunakan ilmu batin
untuk merawat pesakit dan pesakit bukan Islam.
"Ada anak murid tokoh itu yang berpegang kepada wasiatnya supaya
tidak mengabaikan solat dan mendalami al-Quran," katanya yang
mempunyai pertalian darah dengan keluarga Zaini Palembang iaitu
pendakwah di Ranau selepas Mandur Syarif Adiwinata.
Abdul Naddin berkata, biarpun Mandur Syarif Adiwinata sudah
meninggal dunia tetapi jasanya tetap dikenang. Tujuh muridnya
menziarahi keluarga tokoh itu di Cicadas, Bandung, Jawa Barat,
Indonesia pada 1989. Mereka juga menziarahi makam Allahyarham di
situ.
Prof Mohd Sarim Mustajab dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)
berkata, penjajah berusaha keras mematahkan gerakan dakwah di Sabah
termasuk meluluskan undang-undang melarang pengislaman.
"Pada 15 April 1935, Dewan Undangan Negeri Borneo Utara yang
diterajui SBBUB meluluskan Ordinan Pentadbiran Kampung yang menyekat
gerakan dakwah Islam di kalangan penduduk pribumi bukan Islam di
pedalaman.
"Bagaimanapun, undang-undang itu tidak menghalang perkembangan
Islam, malah agama kita berkembang menerusi pengislaman oleh
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) yang turut bertapak di
pedalaman.
"Usia merintis kewujudan organisasi Islam dan dakwah di Sabah,"
katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Sejarah
Kedatangan Islam di Sabah dan Implikasinya terhadap Pembinaan
Institusi Masyarakat', baru-baru ini.
Ketokohan ulama dan ahli sufi mencetuskan penentangan berterusan
rakyat Sabah yang menonjolkan tokoh terbilang seperti Datu Paduka
Mat Salleh, Datu Tating, Datu Baginda Putih, Pengiran Syahbandar
Hassan, Pak Musa, Syarif Usman, Embo Ali dan Panglima Ali.
Kuasa penjajah bertapak di Borneo Utara pada 1761 apabila pegawai
Syarikat Hindia Timur Inggeris di Madras, India, Alexander
Dalrymple, mendarat di Pulau Balambangan, Kudat selepas dibenarkan
Sultan Sulu.
Justeru ahli sufi dan ulama mempunyai peranan mengembangkan Islam di
Sabah dan memulakan gerakan menuntut kemerdekaan yang membawa kepada
kemerdekaan Sabah melalui Malaysia pada 16 September 1963.
>Tokoh ulama bangkitkan semangat kemerdekaan
TOKOH ulama dan ahli sufi berjaya membangkitkan semangat kemerdekaan
di kalangan penduduk Borneo Utara (Sabah), lebih-lebih lagi mereka
mempunyai hubungan rapat dengan rakyat tempatan.
Seorang pengkaji sejarah Islam di Sabah, Dr Muhidin Syarif, berkata
antara ulama terkenal yang berusaha menyebarkan Islam dan
membebaskan Borneo Utara daripada cengkaman penjajahan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) dan Jepun ialah Tuanku Said
Muhammad Said Muhammad Shahbuddin, Yaakub Ali, Suhaili Yaakub,
Salleh Tuaran dan Imam Jukrani.
Justeru, katanya tidak hairanlah penerima terawal Islam adalah
penduduk pesisir pantai dan dari kawasan itu juga semangat
kemerdekaan mula dibangkitkan golongan ulama, ahli sufi dan disusuli
pahlawan beragama Islam.
Sebenarnya, golongan ulama dan ahli sufi memulakan gerakan menuntut
kemerdekaan Borneo Utara sebaik penjajah bertapak di negeri itu pada
abad ke-18 dan perjuangan itu mencapai kejayaan pada 16 September
1963 hasil kebijaksanaan Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha
Datu Harun.

Kuasa penjajah mula bertapak di Borneo Utara pada 1761 apabila
pegawai Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Madras, India,
Alexander Dalrymple, mendarat di Pulau Balambangan, Kudat selepas
dibenarkan Sultan Sulu.
Bagi penduduk tempatan beragama Islam, penjajahan British adalah
cabaran dan ancaman terhadap nilai agama, bangsa dan tanah air yang
perlu ditentang.
Justeru, penentangan golongan ulama dan ahli sufi yang bermula
seawal kedatangan SHTI pada 1761 semakin membara selepas 14 tahun
penjajah bertapak di Borneo Utara.
Golongan itu meniupkan semangat anti British di kalangan rakyat
beragama Islam berikutan tindakan penjajah yang menyebarkan
Kristian, menindas rakyat dan merampas hasil bumi untuk memajukan
bumi asing.
Dr Muhidin berkata, dalam tempoh 135 tahun mulai 1775, lahir
pahlawan Islam terulung termasuk Mat Salleh, Syarif Usman dan Datu
Tating, disusuli Datu Baginda Putih, Pengiran Syahbandar Hassan, Pak
Saman dan Pak Musa.
"Masyarakat Islam turut menubuhkan persatuan pertama pada 1890-an
yang berjaya membangkit dan mengekalkan kesedaran terhadap Islam dan
kemerdekaan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sabah.
"Walaupun penjajah gagal mengekang perkembangan Islam, mereka dapat
menyebarkan Kristian terutama kepada etnik Dusun, Murut dan Rungus
yang majoritinya menetap di pedalaman.
"Tekanan penjajah tidak melemahkan masyarakat Islam, sebaliknya
mereka berusaha membina masjid secara bergotong-royong dengan
bertiangkan kayu, berlantai papan dan berdinding kulit kayu seperti
di Kampung Panyambat (sekarang Kampung Laut) Papar pada 1890,"
katanya.

Islam, malah berkembang menerusi pengislaman oleh Pertubuhan Islam
Seluruh Sabah (Usia) yang turut bertapak di pedalaman," katanya.
INFO:
Islam dikesan bertapak di Sabah pada 1398 di Lahad Datu
Batu nisan masyarakat Islam pertama di Sabah ditemui pada 1408 di
Lahad Datu dipercayai makam Abdullah berketurunan Idahan.
Pada 21 Januari 1944, seramai 324 anggota Gerila Kinabalu dibunuh
oleh tentera Jepun di Petagas, Penampang termasuk pejuang Islam
berketurunan Bajau Ubian, Panglima Ali

Sunday, October 16, 2011
Bingkisan buat Sang Mujahidah
Berhati-hati menjaga hati. Kerana hati tempat jatuhnya pandangan Ilahi.
Berpeganglah pada kompas al-Qur'an yang paling accurate dan GPS as-Sunnah Nabi yang paling jelas sebagai pedoman perjalanan.
Jadikan dirimu ibarat coklat emas dalam bungkusan terbaik. Takkan pernah expired kecuali diri telah syahid di jalan Allah.
Tetap manis menutur kata, mahal harga pendirian, tetap terpelihara menjaga aurat.
MUJAHIDAH...Perjuangan Da'ie adalah lelah, hanya mangharap RnR dia akhirat kelak.
Bajetkan waktu untuk berdating dengan Allah di dua pertiga malam. Moga bisa menjadi modal kebal menahan ujian.
Kreditkan waktu walau seketika, menimba ilmu makrifat tentangNya. Agar diri bertambah takut dengan murkaNya tapi tetap berani dengan rahmatNya.
Friday, August 19, 2011
Duniaku SRI Al-Hafidz
18 Ogos 2011, saya kembali menunaikan kewajipan saya di SRI Al-Hafidz setelah berasa di semenanjung selama hampir 2 minggu atas beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Mudir memberikan beberapa tugas iaitu kelas al-Qur'an, buat artikel dalam blog sekolah, dan menbuat draf kajian jadual waktu sekolah/ modul berdasarkan kajian al-Qur'an dan kajian saintifik. Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan satu artikel yang dimasukkan dalam blog sekolah di http://www.sri.alhafidz.abqarie.com/
UJIAN BULANAN VS UJIAN RAMADHAN
Minggu ini dan minggu hadapan adalah minggu ujian bulanan bagi para pelajar SRI Al-Hafidz, seperti yang dimaklumkan dalam post sebelum ini. Para pelajar menjalani jadual pembelajaran seperti biasa pada waktu pagi iaitu dimulai dengan zikir dan ulangan hafalan al-Qur’an seterusnya kelas hafalan al-Qur’an yang dibimbing oleh beberapa tenaga pengajar yang dibahagikan mengikut tahap penguasaan terhadap bacaan al-Qur’an. Para pelajar akan mengikuti kelas pembelajaran seperti biasa dan menduduki ujian bulanan pada mengikut jadual yang ditetapkan. Soalan-soalan ujian telah digubal dan disediakan oleh penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran serta guru-guru yang mengajar setiap mata pelajaran.
Sempena bulan Ramadhan yang kian berada di penghujung fasa kedua, penulis cuba untuk membandingkan ujian yang dihadapi oleh para pelajar dengan ujian Tarbiyyah dalam bulan Ramadhan walaupun amat besar jurang perbezaan antara keduanya. Namun menurut hemat penulis, kedua-dua ujian ini mempunyai persamaan dari sudut terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai setelah melalui kedua-dua ujian ini, khususnya bagi para pelajar SRI Al-Hafidz yang mana menjalani kedua-dua ujian ini dalam masa yang sama.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Oleh itu ujian mestilah bersifat ‘representative’ kurikulum sekolah. Maka setelah selesai menjalani ujian ini, tahap penguasaan para pelajar akan dapat ditentukan sama ada mencapai tahap yang memuaskan atau tidak.
Manakala bagi ujian Tarbiyyah Ramadhan pula, para pelajar SRI Al-Hafidz digalakkan untuk berpuasa, iaitu sesiapa yang berjaya menghabiskan Ramadhan dengan puasa penuh akan mendapat ganjaran dari pihak sekolah selain para pelajar diajarkan akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT. Walaupun kaedah ini, lebih menekankan soal materialistik, namun secara psikologinya ia amat berguna bagi para pelajar untuk melatih dan membiasakan mereka untuk melaksanakan tuntutan ibadah ini setelah sampai waktu yang wajib untuk mereka melaksanakannya kelak.
Para pelajar tetap bersemangat untuk menjalani ibadah puasa ini walaupun tampak keletihan di wajah masing-masing. Jika terdapat pelajar yang sudah tidak tahan atau rasa macam hendak pitam, maka diizinkan untuk berbuka kerana mereka belum sampai tahap wajib untuk berpuasa. Sekurang-kurangnya mereka mereka boleh belajar, walaupun masih belum lengkap ibadah yang merekan jalankan.
Sesungguhnya Madrasah Ramadhan ini merupakan model tarbiyyah lengkap untuk mendidik manusia menjadi manusia yang bertakwa. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah:
183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Besar harapan daripada pihak sekolah agar para pelajar mendapat manfaat yang besar hasil daripada dua ujian yang ditempuh dalam bulan Ramadhan ini. Semoga ia mampu membentuk dan melentur jiwa tunas-tunas muda yang telah tertanam ilmu al-Qur’an sejak umur rebung agar dapat menjadikan pakaian Taqwa sebagai hiasan diri yang akan menjadi pemangkin kepada kejayaan di dunia dan akhirat.
![]() |
| Anak-anak punyai potensi untuk dibangunkan. Mulakan proses mendidik seawal mugkin. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. |
![]() |
| Menjana Insan bertaqwa dunia dan akhirat |
Subscribe to:
Posts (Atom)