Photobucket

Sunday, September 15, 2013

menulis... Menulis sesuatu yang bermanfaat.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

: : 10 Zulkaedah 1434 H : : / : : 16 September 2013 : :

Cepatnya masa berlalu. Sudah hampir setahun tidak menulis di laman mumtazhumaira.blogspot.com. Banyak perkara yang mahu dikongsikan. Moga iktibar dan ibrah daripada peristiwa yang terakam dalam memori dapat dicurahkan sebagai peringatan bersama.

Bulan september 2013... banyak perkara yang baru berlaku dalam hidup penulis, menyebabkan beberapa rutin biasa diubah mengikut kesesuaian jadual, amanah dan tanggungjawab yang digalas. Alhamdulillah, starategi masa perlu disusun agar mampu menggunakan masa 24 jam sehari sebaiknya.

PENGURUSAN MASA

Mengambil inisiatif untuk merancang apa yang akan dilakukan selama seminggu. Rancangan yang dibuat ala-ala "rancangan pengajaran dan pembelajaran" yang perlu disiapkan oleh seorang guru untuk mengajar anak-anak murid di sekolah.

Diri sendiri merupakan guru kepada diri sendiri. Orang yang berjaya adalah orang yang berjaya merancang perjalanan masa yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t. Alhamdulillah, berkat saranan dan nasihat seorang sahabat penulis pada Ramadhan yang lepas, penulis kembali melakukan kebiasaan yang makin penulis lupakan iaitu mencatat segala perancangan di atas kertas agar bila terlupa maka akan segera tersedar bila melihat semula perancangan yang telah dicatat.

SOAL MATLAMAT

Perancangan harian yang ditulis merupakan matlamat yang perlu dicapai dalam kehidupan seharian. Penilaian pencapaian boleh dilakukan setiap malam sebelum mata melabuhkan tirai. Biasakan merenung kembali segala tindakan yang dibuat, muhasabah kembali... adakah segala tindakan kita selari mengikut perancangan sedia ada ataupun telah lari daripada misi asalnya. keesokan harinya, selepas membaca doa selepas tidur lihat kembali perancangan yang telah dibuat untuk menghadari hari seterusnya.

PERIHAL MENULIS

14-15 September. Penulis terkejar-kejar untuk menghadiri tiga tempat program berbeza yang agak jauh jaraknya. Dari Petaling Jaya ke Shah Alam, dari  Shah Alam Ke Nilai, dan dari Nilai ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, tiga tempat yang sudah sejak awal diniatkan di hati untuk mahu menghadirinya. Bertemu ramai insan-insan hebat yang telah berkongsi cebisan-cebisan ilmu dan pengalaman yang amat berharga.

Menjadi pengembara demi mengumpul cebisan-cebisan ilmu. Alangkah indahnya, berada di taman-taman syurga. Moga diri ini mampu menjadi sebahagian daripada mereka. Ulama pewaris Anbiya'. Ya, kunci utamya adalah "Iqra".... "Iqra"... "Iqra"... Allazi Allama Bil Qalam....

"Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya".






No comments:

Post a Comment