25 September 2012 satu tarikh keramat yang menyelongkar pelbagai persoalan dan tarikh yang dinanti-nanti oleh segenap masyarakat di Universiti Malaya (UM) untuk membongkar persoalan mengenai siapakah yang akan menatang dulang kemenangan untuk mengisi kelompongan kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sessi baru 2012/2013. Sesi pilihanraya ini akan memilih calon-calon yang akan memegang amanah menerajui barisan kepimpinan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM).
Pilihanraya Kampus (PRK) UM kali ini telah menyaji dan menjanjikan persaingan yang hebat dan pertempuran tertumpu kepada perebutan bagi kerusi Umum mahupun fakulti. Pilihanraya Kampus kali ini menampilkan kelainan kerana pihak Universiti mengadakan 3 kerusi untuk pelajar Postgraduate bertanding. Satu kerusi Umum dan dua kerusi Fakulti. Penulis sendiri menyahut cabaran untuk bertanding di kerusi fakulti Institut Pengajian Siswazah (IPS).
Calon Fakulti IPS
Calon Umum dan Fakulti setiap zon
Walaupun tempoh berkempen yang agak singkat, ini tidak menjadi halangan kepada para peneraju keintelektualan varsiti untuk terus berjuang. Calon-calon mengambil pendekatan konvensional dan menggunakan teknologi untuk berkempen termasuk mengedarkan risalah, berpidato dan menggunakan media massa untuk berkempen dalam mendekati pengundi.
Buat semua para pejuang, teruskan berubah, teruskan berjuang... Kerana kemenangan menanti di hadapan.
:: KAMI SEDIA MEMIMPIN ::