Photobucket

Wednesday, September 22, 2010

Bagaimana kita melihat Ramadan...itulah yang kita dapat..

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurniaNya, tahun ini dapat lagi menjadi tetamu Ramadan buat kesekian kalinya, mengecapi nikmat dan keindahan beribadah di bulan yang penuh berkat yang Allah janjikan ganjaran berlipat kali ganda atas segala amalan yang dilakukan oleh hamba-hambaNya, dibuka rahmat seluas-luasnya, serta keampunan maghfirah atas segala taubat.

Masa berlalu begitu pantas. Setelah sebulan berada di Um bagi sesi kali 2010/2011 ini, setelah mendaftarkan diri sebagai calon Sarjana Um dan menerima Ijazah Sarjana Muda UM pada Istiadat Konvokesyen Um 2010...maka Bulan Ramadan pun melabuhkan sauhnya...Masa berlalu begitu pantas...sekarang kita sudah berada di pertengahan bulan Syawal...bulan kemenangan Umat Islam setelah berperang melawan hawa dan nafsu ammarah di bulan puasa...Banyak perkara yang berlaku...tapi terpulang kepada setiap individu untuk menilainya...sama ada positif atauy negatif...

Sudah seminggu keriuhan sambutan Hari Raya, ziarah menziarahi antara sanak saudara dan sahabat handai,  kenduri kendara dan pelbagai macam lagi sudah ditinggalkan...kini ana sudah kembali ke bumi Universiti Perdana yang dicintai untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan dalam menuntut ilmu yang tidak akan bertemu titik penghujungnya...

Jasad ini walaupun sudah berada di KL...Tetapi hati dan perasaan masih berada di kampung halaman yangh indah permai...rindukan kokokan ayam yang bisa mengejutkan tidur  lena yang panjang...udara nyaman yang menyegarkan...air sejuk yang jernih...kehijauan...aroma yang segar......alangkah damainya hati...

Monday, September 6, 2010

MEMAHAMI SEJARAH AWAL KEDATANGAN ISLAM KE SABAH, NEGERI DI BAWAH BAYU


1. Permulaan Dakwah Islam di Sabah.


Bermula pada era penjajahan British iaitu kira-kira abad ke-14 yang lalu.
Pendakwah Islam yang pertama datang ke Sabah berasal dari Sulawesi dan menyebarkan Islam di Lahad Datu. Buktinya terdapat manuskrip dalam bahasa Ida’an yang mengesahkan kedatangan Islam yang awal berlaku di Lahad Datu.

Antara nama-nama Pendakwah : a) Mandur Syarif
-Menyebar Islam di Daerah Ranau

b) Ustaz Zaini Al-Palembangi
-Daerah Lahad Datu

2. Sebab kewujudan gerakan Islam di Sabah.

• Tuntutan agama Islam sendiri, iaitu Islam wajib disebarkan kepada orang lain, Islam dan bukan Islam.
• Bersaing dengan mubaligh-mubaligh Kristian yang datang untuk menyebarluaskan ajaran Kristian.
• Pedagang-pedagang yang datang dari Indonesia, Filipina dan Brunei berdagang ke Sabah, seperti ke Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Mereka pada mulanya berhubungan dengan penduduk setempat untuk berurus niaga, akan tetapi dengan keramahan dan kemuliaan hati budi yang ditunjukkan oleh para pedagang, akhirnya menambat hati penduduk kampung di daerah-daerah tersebut.

Kesan-kesan adanya aktiviti Dakwah di Sabah:

• Persatuan Islam Tawau (tahun 1950-1960-an)
• Persatuan Islam Putatan (tahun 1950-1960-an)
• Sekolah Agama At-Thudiniyyah, Kg. Buang Sayang, Papar (tahun 1956)
(Diasaskan oleh Allahyarham Datuk Salleh Ibrahim)
• Selepas Merdeka - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (U.S.I.A)1959
Tujuan penubuhan U.S.I.A : Menyatukan semua pertubuhan-pertubuhan Islam.
• Political Strategy(Pemerintah ketika itu Parti USNO)Menyebarkan Islam kerana Pemerintah adalah beragama Islam.
• Untuk capai status Negeri Islam, mesti penduduknya seramai 60% beragama Islam.
• Agama Islam sebagai agama rasmi di Negeri Sabah telah mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri pada tahun 1971.
• Rentetan daripada itu, Majlis Ugama Islam Sabah telah ditubuhkan pada 1791 bagi mengurus tadbir hal ehwal Islam.




3. Agama-agama lain di Sabah

• Kristian
• Buddha
• Hindu
• Sikh
• Pagan


4. Purata penduduk bukan Islam di Sabah

Kira-kira seramai 40% daripada penduduk keseluruhan di Sabah.


9. Purata penduduk bukan Islam yang memeluk Islam setiap tahun mulai tahun 2000 ialah kira-kira 1,300 orang – 2,000 orang.

SUMBER : JHEAINS & UMS
"DAKWAH DI SABAH" PERLU PANDAI MEMBACA LIKU SEJARAH NYA YG BERPUTAR-PUTAR..SKG ANA TGH BUAT KAJIAN PERANAN JHEAINS DALAM P.AL-QURAN DI KALANGAN MASY DUSUN...SO, INI BAHAN PERTAMA YG ANA DAPAT..dengan mengkaji sejarah, kita dapat lihat kekuatan, kelemahan, halangan dan peluang dakwah di sabah, based on the pengalaman yang lalu...kita boleh tebas buat jalan baru...